Ramuan:

UNTUK BATER:
50ml santan pekat
250ml air
1 telur besar, dipukul
1 sudu besar minyak sayur
150g tepung biasa
½ sudu teh garam
¼ sudu teh kunyit
Sedikit minyak

UNTUK INTI:
2 sudu besar minyak
150g bawang, dipotong kecil
2sm atau 20g halia
150g daging cincang
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
¼ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh gula
¼ sudu teh garam
1 sudu besar daun sup, dipotong kasar

UNTUK HIASAN:
3 sudu besar daun bawang dihiris nipis
1 cili merah, dihiris nipis
2 sudu besar bawang merah yang telah digoreng

PERALATAN:
Acuan kuih cara

CARA:

1. Campurkan santan, air, telur dan minyak dalam jag. Untuk membuat bater, letakkan tepung, garam dan kunyit ke dalam mangkuk. Letakkan lubang di tengah-tengah dan tuangkan campuran cecair ke dalam sambil menggaulkan aduan dengan sudu kayu besar. Gaulkan sehingga sebati dan tutupkan mangkuk. Biarkan selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan bawang dan halia sehingga menjadi perang. Masukkan daging dan masak, sambil mencampurkan jintan manis, ketumbar dan lada hitam. Masak selama 2 minit. Tambah perasa dan daun sup. Tutupkan api dan biar sejuk.
3. Panaskan acuan kuih cara di atas api sederhana/kecil dan sapu sedikit minyak di dalamnya. Tuangkan bater ke dalam acuan. Letakkan satu sudu besar inti ke dalam bater dan tutupkan acuan. Apabila bater sudah kental dan kuih berwarna keemasan, keluarkan dari acuan dan hidangkan.

%d bloggers like this: