Apa-apa pun makanan yang kita makan tidak lengkap kalau tiada sambal belacan. Sambal belacan dijadikan sebagai penyedap makanan kerana rasanya yang sedap dan pedas. Selalunya sambal belacan dimakan bersama ulam-ulaman. Cara penyediaan sambal belacan tidak begitu sukar sebenarnya. Ianya boleh disediakan dengan ringkas dan cepat. Kali ini kami menyediakan resepi ringkas untuk membuat sambal belacan. Selamat Mencuba.!