Bahan-bahan diperlukan:

  • 500g pedal ayam, buang lemak, kulit kasar bhg dlm dan cuci bersih
  • *20 tangkai cili kering
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (Dadu kasar)
  • 1 cwn santan tin
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar bahan bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan pedal ayam, gaul rata.
  3. Kecilkan api, masuk santan dan gaul sebati. Tutup periuk hingga pedal betul-betul masak.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Biar hingga kuah agak pekat. Siap utk dihidang.
%d bloggers like this: