Bahan-bahannya:
1 tin sardin
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
Bawang besar – hiris
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi.
  4. Balik balikkan ikan supaya masak rata.
  5. Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa
  6. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas.
  7. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.