bahan

10 ulas bawang merah – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang halus
1 paket (25gm) rempah kurma
5 labu bawang besar – dikisar
1 cawan santan
1 cawan udang geragau
21 batang serai – dihiris nipis-nipis (ni sebab saya tak nak buat sendiri, mak aja buat, saya makan)
21 biji belimbing buluh – dihiris nipis memanjang
3 biji cili merah-dihiris nipis
3 biji cili hijau-dihiris nipis
10 biji cili padi
2 labu bawang besar – dimayang
300 gram udang hidup (lagi banyak, lagi sedap)

cara-cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan rempah kurma dan bawang besar yang dikisar halus.
  3. Apabila telah pecah minyak, masukkan santan, udang geragau, serai dan belimbing buluh.
  4. Kacau sehingga pekat dan serai betul-betul masak.
  5. Masukkan cili, bawang besar yang dimayang serta udang.
  6. Kacau sebati dan biarkan sehingga udang masak.

 

%d bloggers like this: