Ingredients                      

  • 1 peket ayam cincang
  • 2 cawan mix veggie
  • kulit popiah besar secukupnya
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam – boleh tambah
  • 1 sudu besar sos tiram – boleh tambah
  • Sedikit daun sup
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur – dipukul sedikit

BAHAN KISAR HALUS :

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia

Directions

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air .
  3. Kacau dan biarkan sampai rempah masak.
  4. Kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak .
  5. Masukkan sos tiram , daun sup , mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
  6. Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepi .
  7. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos.
%d bloggers like this: