Santan merupakan bahan utama yang digunakan dalam masakan terutamanya masakan melayu. Ianya dihasilkan daripada cecair yang terhasil dari parutan isi buah kelapa (bukan air kelapa). Rasa lemak dan warna santan datangnya dari kandungan minyaknya yang banyak. Kebanyakannya darinya merupakan lemak tepu. Namun rata – rata sering mengeluh kerana kuah santan yang dimasak kadang kala pecah minyak dan sekaligus menjejaskan rasa masakan. Gambar di atas merupakan tips untuk penggunaan santan dalam masakan agar ia tidak pecah minyak.