
Keistimewaan serai wangi adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun.
faedah serai
wangi diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba ini diantaranya :
-
Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.
-
Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.
-
Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.
-
Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
-
Penggunaan infusi serai dan sabun serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
-
Manfaat kesihatan diuretik serai wangi dapat membantu mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
-
Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
-
Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
-
Penghalau nyamuk / penyembur kimia : Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
