Khasiat ubatan

Daun : Ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada kulit yang bengkak, gigitan atau sengatan serangga, kulit kasar, luka, kudis dan ulser; pada pelipis untuk merawat sakit kepala; dan pada tengkuk untuk merawat sakit kerongkong dan selsema.

Cecairnya diperah dan ditelan untuk menghentikan cirit, disenteri , menyingkirkan batu karang dan melegakan serangan tibi.

Daunnya dibuat losyen untuk disapu pada tempat cacar.

Air rebusan daun bersama rantingnya diminum atau cecairnya diperah dan ditelan untuk merawat kecederaan, lecur, luka, pendarahan, penyakit kulit, bisa patukan ular, salah urat dan terseliuh. Pada masa yang sama tumbuhan ini dibuat ubat pupuk pada tempat tersebut.

Kegunaan lain

Ranting yang berdaun daripada pokok setawar kampung digunakan untuk memanggil makhluk halus yang baik dan menjauhi makhluk halus yang jahat. Ia digunakan dalam upacara penyembuhan dan mandian bayi.

 

    %d bloggers like this: