Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 sudu makan cili kisar 
  • ½ cawan taucu manis  
  • 1 cawan air 
    (Taucu manis dikisar halus bersama dengan air)
  • ½ cawan kicap pekat manis 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • ½ cawan air 
    (Tepung jagung dibancuh dengan air)
  • 2 sudu makan gula 
  • 2 sudu makan minyak masak  
  • 3 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kisar dan taucu sehingga wangi 
    dengan api sederhana. 
  2. Masukkan kicap dan gula. Masakkan lagi. Kacau rata sehingga 
    mendidih. 
  3. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak 
    pekat. 
  4. Sedia dihidangkan dengan yong tau fu dan taburkan bijan goreng
%d bloggers like this: