Bahan-bahan
* Utk Sup Udon/soba
* 31/2 cawan air
* 3 inci kombu- ita ganti dengan wakame
* 1/4 cawan souyu (kicap jepon)
* 1 sudu kecil gula
* 1 sudu kecil serbuk dashi – kalau tak ada boleh gune bonito flakes
* sedikit garam
* mee udon / mee soba
* Utk Topping
* Tempura udang, chikuwa, nori, negi, bijan, bonito flake

( boleh makan dengan cili pedas kalau dijepun memanag banyak jual.. memang terangkat)

Cara-cara

* Rebus kombu dengan air hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang (jika gune yg kering).( ita guna wakame dan biarkan wakame didalam) Keluarkan kombu, masukkan serbuk dashi.
* Kacau sebati. Masukkan souyu dan gula. Biarkan mendidih dan tutup api.
* Rebus udon kering mengikut arahan peket. Goreng tempura udang, chikuwa dan hiris negi nipis.
* Cara penyediaan, masukkan udon ke dalam bekas. Curahkan dua senduk sup udon. Susun udang dan chikuwa tempura. Akhir sekali taburkan negi dan juga seaweed. Sedia dhidang.

 

%d bloggers like this: