Bahan-bahan diperlukan:

  • (utk lapis bawah)
  • 300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 65 gm tepung beras
  • 1 tsp tepung gandum biasa
  • 100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
  • 55 gm gula pasir
  • (utk lapisan atas)
  • 100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 80 gm gula pasir
  • 2 tbsp tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 biji telor, dipukul sedikit
  • Sedikit pewarna unggu (purple or violet)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
  2. Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8″ bulat ber-griskan sedikit minyak. 
  3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
  4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
  5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
  6. Tuang adunan ini keatas lapisan bawah. 
  7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
%d bloggers like this: