Keluasan Dapur

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik.

 

Peralatan Di Dapur

Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan peti sejuk. Tambahan, kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak. Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur tidak berlebihan.

 

Pemilihan Warna & Material

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur. Pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian. Warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda

 

Pencahayaan & Pengudaraan

Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangi tempat kerja anda. Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar

 

Perhiasan Di Dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda. Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan.

 

Keselamatan Dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.