Pilih Kain Tudung Yang Sesuai

Pemilihan kain tudung sangat penting tau, pemilihan kain tudung yang sesuai dapat membantu rambut mendapat pengaliran udara yang baik. Pilih fabrik yang lembut dan elakkan daripada memilih fabrik yang diperbuat daripada material kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuatkan kulit kepala anda cepat berpeluh.

 

 

Elakkan Daripada Memakai Tudung Ketika Rambut Basah

  • Cuci rambut anda beberapa jam sebelum anda bersiap untuk memakai tudung. Ini bagi memastikan rambut anda kering sepenuhnya ketika ingin memakai tudung.

  • Sekiranya anda tetap ingin memakai tudung ketika rambut basah, rambut anda akan berbau hapak, rambut berbuah, berkelimumur dan rosak kerana kulit kepala yang lembap terperangkap di dalam tudung.

 

Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari

  • Rambut anda tidak perlu dicuci setiap hari. Cukup sekadar 2 atau 3 hari sekali. Sekiranya anda ingin mencuci rambut pada waktu pagi, pastikan 2 jam sebelum anda bersiap ye.

  • Ini bagi memastikan rambut anda sempat kering secara semulajadi. Selain itu, elakkan juga dari membungkus rambut dengan tuala. Biarkan rambut anda bebas dan kering dengan semulajadi.

 

Pilih Syampu Yang Sesuai

  • Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis jenama syampu yang ada di pasaran. Bukan hanya itu, di dalam satu jenama turut terdapat pelbagai jenis syampu yang berbeza-beza mengikut fungsinya yang tersendiri.

  • Contohnya syampu untuk rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Jadi, pilihlah syampu yang sesuai dengan masalah kulit kepala atau rambut anda.

 

Keringkan Secara Semula Jadi

  • Pastikan rambut anda kering sebelum memakai tudung. Rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering.

  • Elakkan juga dari menggunakan pengering rambut kerana ia dapat menjadikan rambut anda kusam dan tidak bermaya.

  • Oleh itu, anda disarankan untuk keringkan rambut anda secara semulajadi dengan biarkannya bebas dan tidak dibungkus dengan tuala.

 

Bebaskan Rambut

  • Ketika dirumah, anda disarankan untuk bebaskan rambut anda. Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak mengikat rambut anda.

  • Rambut yang dibiarkan bebas mengurai akan mendapat pengaliran udara yang lancar. Apabila aliran udara pada rambut anda lancar, kulit kepala anda juga tidak akan berpeluh.

bunga kamomil

  • memiliki fungsi sebagai antimikroba (anti bakteri), antialergi, antiradang, antioksidan, dan analgesik (pereda nyeri) untuk penyakit radang kulit, terapi luka, ataupun terapi luka bakar.

  • Komponen aktif dalam kamomil meliputi terpenoid (bisoprolol, matrikin, levomenol, dan chamazulene), flavonoid (apigenin, luteolin, rutin, dan quercetin), hidroksikoumarin, mono dan oligosakarida, serta getah tanaman

  • .Chamazulene terbukti memicu aktivitas antiradang dan memiliki efek meningkatkan penyembuhan luka. Sebuah studi menunjukkan bahwa kompres dengan kamomil pada kulit memiliki efek yang hampir sama dengan salep hidrokortison 1 persen, yang biasanya diresepkan oleh dokter untuk mengurangi peradangan kulit, Levomenol adalah zat pelembab dan antiradang alami yang telah terbukti bisa membantu mengurangi tanda-tanda kerusakan kulit, mengurangi rasa gatal, dan memperbaiki tekstur serta elastisitas kulit, Apigenin diklaim memiliki beberapa sifat antioksidan, yang telah terbukti melalui uji kimia, Kamomil dapat mencegah jerawat yang diakibatkan oleh stress.