Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Klik sini untuk beli Halba kat Shopee : https://shope.ee/qBBty57vU

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Klik sini untuk beli Asam Jawa kat Shopee : https://shope.ee/8Uad2BPhez

 

Udang Nampak Segar

Udang adalah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Udang mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang menggalakkan kesihatan yang baik. Ianya rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat tetapi mengandungi kandungan kolestrol yang...

Sistem pengudaraan yang baik

  Salah satu aspek penting yang perlu dijaga adalah sistem pengudaraan yang baik dan segar. Pastikan tingkap atau pintu dibuka sedikit bagi membolehkan udara segar masuk secara semulajadi. Secara mekanikal boleh gunakan alat penyedut udara udara atau 'exhaust...

MASAK LEMAK IKAN KELI DAN BELIMBING BESI

Bahan-bahan : 2 ekor ikan keli 5 biji belimbing besi {dibelah dua} 2 cawan santan pekat 10 biji cili api {ditumbuk} 5 ulas bawang merah {ditumbuk} 1 cm kunyit hidup {ditumbuk} Garam Cara-cara : 1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih. 2....

NASI GORENG THAI UDANG

BAHAN 4 bahagian beras putih 200-250 gram jerbung udang (sudah dikupas dan dibersihkan) 3 telur 5 batang rod, irisan sliced ​​atau serpihan (boleh digantikan dengan hijau mustard hijau) 4 ulas bawang putih, kiraan halus Red Chili sebanyak yang anda suka, potong 1 sudu...

ASAM PEDAS JOHOR

Ingredients 1 keping kepala ikan 8 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 6 tangkai cili kering* 1inchi halia* 1 inchi kunyit* 2 sudu teh lada hitam* Seikat daun kesum Air asam jawa Kacang Bendi Belacan* Garam & gula secukup rasa Directions Kisarkan bahan-bahan...

MEYER LEMON POPPY SEED LOAF

INGREDIENTS: 1 1/2 Cups All-purpose Flour 2 Teaspoons Baking Powder 1/2 Teaspoon Salt 1 1/2 Cup Sugar 1 Cup Greek Yogurt 1/2 Cup Olive Oil 1/2 Teaspoon Fiori di Sicilia (See Notes Above) 3 Large Eggs At Room Temperature 1 Large Myer Lemon, Zested And Juiced 2...

ITALIAN OMELET RECIPE

WHAT YOU'LL NEED 1 cup tomatoes (sun-dried, cut into strips)   1 cup mozzarella cheese (shredded)   1/4 cup basil (fresh, shredded)   1 tablespoon plus 1 teaspoon Parmesan cheese (finely grated)   12 eggs   1/2 cup milk   1/4 cup butter   Salt to taste   Pepper to...

ITALIAN PIGNOLI COOKIES (COOKIE MIX)

INGREDIENTS 1 (17 1/2 ounce) packagebetty crocker sugar cookie mix 1⁄2 cup granulated sugar 1⁄2 cup butter or 1⁄2 cup margarine, softened 1 (7 -8 ounce) package almond paste (not marzipan) 1 egg 2 cups pine nuts (8 oz) 1 tablespoon powdered sugar DIRECTIONS Heat oven...

RICH ITALIAN COOKIES

INGREDIENTS 3 eggs 3⁄4 cup butter, melted and cooled 2 1⁄2-3 cups flour 1 cup sugar 1 teaspoon baking powder 1 1⁄2 teaspoons vanilla DIRECTIONS Preheat oven to 350 degrees F. In medium bowl, whisk eggs with melted butter until well blended. In large bowl stir together...

ZESTY ITALIAN CRESCENT CASSEROLE

INGREDIENTS 1 lb ground beef 1⁄4 cup onion, chopped 1 cup spaghetti sauce 1 1⁄2 cups mozzarella cheese, shredded 1⁄2 cup sour cream 1 (8 ounce) can crescent rolls 1⁄3 cup parmesan cheese, grated 2 tablespoons butter DIRECTIONS Heat oven to 375 degrees Fahrenheit. In...

Pokok Binahong

Khasiat Daun Binahong Untuk Kesihatan Tanaman ini memiliki berbagai Khasiat yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh kita. Hal ini kerana tanaman ini kaya akan kandungan asam askorbat, L-arabinosa, D-Galaktosa, D-Glukosa, Flavonoid, dan zat lain yang secara klinis...

cara membuat cairan pembersih untuk microwave

Campurkan deterjen dengan air hangat lalu gunakan untuk membersihkan bagian interior dan pintu microwave dengan kain atau spon lembut yang bersifat tidak mengikis. Campurkan 45ml  baking soda ditambah air secukupnya, gunakanlah spon lembut untuk membersihkan bagian...

Petua Menjaga Kulit Wajah

Menghilangkan Lebam Serta Melembapkan BibirUntuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir uolss setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan...

AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

Cendawan Susu Rimau

Kegunaan herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan.  Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah dara, barah rahim, penyakit ulser...

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam

  • Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Tempurung kelapa
  • Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

  • Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
  • Air Kelapa Muda
  • Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

  • Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

  • Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG

  1. i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

 

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi memastikan telur ikan yang dimasak tidak hancur adalah:

 

  1. Semasa membersihkan telur ikan, elakkan membuang uratnya kerana ia akan menjadikan telur ikan mudah hancur semasa dimasak.
  2. Jangan potong telur ikan semasa masih mentah. Sebaiknya, rebus seketika dan barulah dimasak mengikut citarasa anda.
  3. Untuk menyediakan hidangan telur ikan goreng, masukkan telur ke dalam plastik dan celupkan di dalam air panas selama 5 minit. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
  4. Bersihkan telur ikan dan rendam di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.

Daun nangka

Daun nangka juga adalah bahan yang boleh digunakan untuk melembutkan daging. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka kedalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

7 TIPS MASAK NASI GORENG YANG LEBIH ‘POWER’ DI RUMAH

  • GUNA NASI SEJUK / KERING
  • TUMIS DENGAN API BESAR – Seterusnya, kena pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak. Seeloknya tumis perencah seperti bawang, bilis, dan cili menggunakan api besar. Tunggu hingga garing, tapi awas, jangan pula sampai hangus ya!
  • RENJISKAN MINYAK BIJAN – Selain untuk menambahkan aroma, ibu-ibu percaya minyak bijan ini boleh mengelakkan nasi daripada menjadi keras.
  • CARA MASUKKAN TELUR

Daging yang berubah warna

Anda masih boleh memproses daging ini walaupun ia berubah warna. Daging sebenarnya masih baik untuk dimakan selagi anda menyimpannya di dalam peti sejuk, selagi ia tidak berbau busuk atau berlendir.

Tips dekorasi dapur sempit

Keluasan Dapur

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik.

 

Peralatan Di Dapur

Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan peti sejuk. Tambahan, kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak. Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur tidak berlebihan.

 

Pemilihan Warna & Material

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur. Pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian. Warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda

 

Pencahayaan & Pengudaraan

Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangi tempat kerja anda. Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar

 

Perhiasan Di Dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda. Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan.

 

Keselamatan Dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

Ais krim yang super lembut

Ini pisang yang terlalu matang boleh digunakan untuk membuat ais krim lebih lembut. Jika anda adalah salah satu hobi yang benar-benar membuat ais krim anda mesti mencuba helah ini. Hanya tambah pisang yang telah dihancurkan ke dalam campuran ais krim ini. Campurkan bersama dan anda akan terkejut dengan tekstur ais krim super lembut ini.