Udang adalah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Udang mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang menggalakkan kesihatan yang baik. Ianya rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat tetapi mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi. Udang yang segar lebih enak untuk digunakan dalam masakan berbanding udang yang sudah disimpan dengan agak lama. Namun begitu, ada cara yang boleh menyegarkan udang dalam tempoh yang agak lama. Ianya dinyatakan dalam tips di atas.