ORIGINAL GULAI KELANTAN

Rasai keunikan rempah gulai dari negeri cik Siti Wan Kembang. Aroma wangi semerbak gulai tradisional yang menjadi satu identiti sajian utama masyarakat negeri kelantan. Masakan dari negeri pantai timur sememangnya terkenal dengan masakan gulai yang simple tapi sedap. 

REMPAH MASAKAN GULAI

Sudah menjadi kebiasaan penduduk negeri kelantan untuk bersarapan pagi dengan sebungkus nasi gulai ayam cobek dan sambal lada kasturi, makan malam pula sepinggan nasi putih panas-panas dengan kuah kerutuk daging.

Hujung minggu selepas solat jumaat pula dengan nasi kukus gulai kawah dengan ayam goreng berempah, sesudu acar timun dan sedikit sambal belacan. Memang gerenti sedap!

Masakan gulai sudah menjadi sebahagian dari hidup masyarakat negeri kelantan dan satu kemestian untuk pelancong-pelancong dari luar untuk mencuba keenakan gulai tradisional negeri kami ini.

CERITA TUKANG GULAI KELANTAN

Allahyarham Haji Halim Haji Othman (Tukang Gulai Kelantan)

Dulu sekitar zaman 70-80 an, panggilan “Tukang Gulai” oleh orang kampung merupakan satu pengiktirafan kepada seseorang tukang masak yang mahir untuk memasak lauk pauk dan gulai menggunakan periuk kawah besar untuk santapan penduduk kampung seramai 700 hingga 1000 orang sekali masak. Seseorang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman memasak akan di beri gelaran sebagai “Tukang Gulai” dan di upah untuk menjadi tukang masak untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan keramaian oleh penduduk2 sekitar Kota Bharu dan Wakaf Bharu.

Allahyarham Haji Halim merupakan seorang tukang masak yang mahir dengan ramuan dan teknik masakan gulai kelantan. Bermula dengan perniagaan mengambil upah untuk memasak gulai kenduri-kendara untuk penduduk setempat dan sekitar bandar Kota Bharu, perniagaan beliau berkembang maju dan semakin di kenali ramai. Gulai kelantan masakan beliau memang menjadi pilihan pertama untuk majlis-majlis kahwin dan juga jamuan rasmi di pejabat kerajaan dan istana. 

Pada 2012 dengan izin beliau gambar wajah beliau telah di jadikan logo jenama “Rempah Haji Halim”. Ramuan rempah gulai beliau mula di komersilkan dengan pembungkusan pek 25gm dan mula di jual di Pasar Siti Khadijah pada tahun 2014 secara kecil-kecilan. Kini produk rempah Haji Halim mula di kenali oleh masyarakat negeri kelantan dan menjadi salah satu pilihan suri rumah dan seisi keluarga sebagai sajian utama masakan gulai kelantan.

REMPAH GULAI KAWAH

“ Gulai Kawah ni lebih di kenali dengan gulai darat kalau kat kelantan, cara masak gulai ni guna teknik “raja berangkat” atau dalam bahasa mudah main campak-campak je masak gulai ni. Tapi rasa & aroma gulai kawah ni memang sedap dan wangi, lain dari yang lain. “

REMPAH KERUTUK

” Masakan Kerutuk ni kalau makan kuah saja dengan nasi putih pun dah terlalu sedap. Kalau ke Negeri Kelantan,kena try sarapan pagi dengan Kerutuk Ayam, Kerutuk Itik Serati dan Kerutuk Kambing memang menyelerakan, makan dengan nasi putih panas-panas,ummph.”

REMPAH KARI

“ Dah selalu sangat guna jenama yg Ada*i dan Bab*s, tak pernah jumpa lagi yang rasa macam rempah gulai kari kelantan ni, memang lain dari yang lain, makan dengan nasi putih+acar timun +sambal jantan (tomato/kasturi), wow sekali rasa dia. Lagi syiok tambah ikan kering goreng.”

REMPAH KUZI

” Kuzi Ayam ni selalunya orang kelantan masak time sambut hari raya je, memang sedap dan lemak manis rasa dia, makan cicah dengan roti jala atau roti bun, sekarang ni bila dah ada rempah premix kuzi ni, bila-bila masa pun boleh masak kuzi. Sajian favorite mak ni. “

REMPAH KARI IKAN

“Lain betul rasa rempah kari ikan ni dengan kari yang kat kedai mamak, yang ni baru lah betul-betul gulai kari melayu, aroma dan rasa lemak gulai ikan ni meresap hingga ke isi ikan. Bau rempah semerbak, time tumis tu dah boleh tahu rempah ni akan buat gulai kita jadi sedap.”

APA BEZA REMPAH NI DENGAN REMPAH YANG LAIN?

Sama je kan rempah ni dengan jenama yang banyak kat pasaran tu? , kami selalu dapat soalan camni.

Sedangkan Mee Goreng mamak pun rasa lain bila makan kat kedai NZ atau Pelita, inikan pula rempah pantai timur.

Jadi kami kongsi kat sini apa beza rempah gulai kelantan ni dengan rempah-rempah lain. Sehingga 16 jenis rempah ratus di campur dalam ramuan rempah gulai haji halim dan ramuan kasar ini di goreng tanpa minyak “sangai” dengan api sederhana kuat secara perlahan-lahan (slow cook), di biarkan sejuk selama beberapa hari di dalam suhu bilik, kemudian di mesin menjadi serbuk rempah campuran mengikut adunan dan jenis rempah gulai.

Sajian mudah gulai kelantan seperti gulai kari ayam di nikmati bersama nasi putih dan ikan kering pun dah cukup untuk membuka selera kita semua.

Hmm… MACAM MANA NAK MASAK GULAI KELANTAN NI, SAYA TAK RETI LAH?

Kat belakang paket rempah ni dah ada resipi cara masak dan juga bahan-bahan untuk masak gulai kelantan yang sedap ni. Dan masa pos kami akan bagi booklet yang macam kat bawah ni. InsyaAllah sedap dan mudah je cara-cara dia.

RAMAI YANG DAH CUBA DAN SEKARANG NI BERTUKAR JADI PENGGUNA TETAP REMPAH KAMI

Apa komen pengguna rempah kami setelah bertukar dari jenama lain kepada jenama rempah haji halim. Sebenarnya dah lebih dari 500,000 ribu paket terjual dari tahun 2015 – 2020.

TESTIMONI 1

Dulu cik abe akak dok balik kijo awal, lepas tu akak jumpa rempah gulai ni, ingatkan susah nak masak gulai kelantan. Ye lah cik abe kan orang kelantan, akak orang nogori, bukan pandai sangat nak masak gulai kelantan ni. Sekarang ni,cik abe balik awal dah, ye lah akak dah bagi dia kawin bini kelantan lagi sorang, selesai masalah akak. 

TESTIMONI 1

Anak saya suka makan nasi dengan kuah kerutuk, dia cakap tak pernah makan nasi dengan kuah camni. Tak yah lauk pun tak apa. Kalau malas-malas pun saya masak je gulai kerutuk dengan telur mata kerbau. cukup dah untuk dia makan tengahari.

TESTIMONI 1

Dah penat abang try rempah gulai kelantan yang timbang kilo tu, semua tak kena dengan selera, tapi lepas jumpa yang haji halim ni, bisnes nasi kukus gulai kawah abang makin kencang dik. ok, esok pos 30kg ye, petang ni abang bank in duit. 

WAH, MACAM SEDAP SANGAT NI, MACAMANA NAK BELI ?

OK KEJAP, NI KAMI BAGI HARGA PROMOSI TAHUN 2023

PROMOSI INI HANYA SAH UNTUK PEMBELIAN MELALUI WEBSITE ONLINE SAHAJA

FAQ

Kalau kat Shopee dan Lazada ada tak?

Boleh, produk rempah kami ada kat shoppee dan lazada juga, ada yang kami direct jual dan ada yg ejen-ejen kami jual secara online. Jangan risau, harga tetap sama dan kualiti produk yang sama. 

Saya nak beli walk in boleh ?

Kami ada di 50 buah kedai semuanya, 15 kedai jualan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan 35 lokasi di Negeri kelantan. (Pasar, Kedai Runcit & Kedai Santan), untuk senarai kedai boleh check kat list outlet dan ejen kami. Untuk pembelian kg dan ejen buleh juga terus ke kilang kami di Kawasan Industri Mara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Kalau Sabah & Sarawak boleh pos ke ?

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Boleh ke nak jadi ejen untuk jual rempah ni?

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Saya nak guna untuk meniaga nasi kukus, guna rempah mana?

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Saya ade kedai runcit, nak jual rempah ni kat kedai kami?

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Kalau nak beli borong boleh tak?

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Kami juga pernah di wawancara oleh surat khabar The Star sebanyak 2 muka surat penuh untuk segmen Star SMEBiz pada tahun 2019. Perkongsian mengenai perjalan bisnes rempah gulai kelantan ni dari mula hingga ke hari ini. Kami adalah satu-satunya produk rempah dari negeri kelantan yang memfokuskan kepada segmen pelancongan dan juga konsumer sebagai rempah gulai kelantan sebagai identiti produk kami.

Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak - Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap. Halba - Sesetengah orang mungkin...

read more

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda. Tempurung kelapa Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil...

read more

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi...

read more

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan...

read more

Daun nangka

Daun nangka juga adalah bahan yang boleh digunakan untuk melembutkan daging. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka kedalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

read more

Daging yang berubah warna

Anda masih boleh memproses daging ini walaupun ia berubah warna. Daging sebenarnya masih baik untuk dimakan selagi anda menyimpannya di dalam peti sejuk, selagi ia tidak berbau busuk atau berlendir.

read more

Tips dekorasi dapur sempit

Keluasan Dapur Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan...

read more

Ais krim yang super lembut

Ini pisang yang terlalu matang boleh digunakan untuk membuat ais krim lebih lembut. Jika anda adalah salah satu hobi yang benar-benar membuat ais krim anda mesti mencuba helah ini. Hanya tambah pisang yang telah dihancurkan ke dalam campuran ais krim ini. Campurkan bersama dan anda akan terkejut...

read more

Kami Mempunyai Van Penghantaran Sendiri