Petua Lengkap semulajadi

Buah timun sebagai pencuci muka
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Buah timun sebagai pencuci muka
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.
Buah sengkuang untuk lembabkan dan cerahkan wajah
masalah kulit wajah keing dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sebgkuang. Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), Sengkuang juga dapat menegang kulit agar kelihatan awet muda.
Tumit kaki licin
Masukkan beberapa keping asam gelugor kedalam besin berisi air suam dan rendamkan kaki kamu selama 20 minit.
Jika terjumpa rumput yang masih berembun pada awal pagi, ambil peluang itu dengan menggosokkan tumit kaki keatasnya.
Ambil getah betik muda dan gosokkannya pada tumit kaki. Biarkan selama 10 minit sebelum tumit kaki dicuci bersih.
Kulit Kaki Licin
Rawatan skrub badan sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang lebih licin dan lembut. Campurkan serbuk kopi bersama gel mandian. Gosokkan serata tubuh. Kemudian mandi seperti biasa.
Sediakan dua senduk gula bersama pisang dan madu. Gaul sebati kesemua bahan itu dan gosokkan ke seluruh tubuh. Biarkan selama 10 minit sebelum badan dicuci bersih
Kerapkan mengurut badan menggunakan minyak zaitun atau apa sahaja minyak yang mengandungi lembapan. Sapukan keserata kulit badan. Kulit tubuh bukan sahaja lembap malah kecantikan berkilau.
Tubuh langsing dan kurus
Hiris Separuh biji lemon. Campurkannya ke dalam gelas air suam, Amalkan meminumnya setiap pagi untuk membantu kamu mengawal selera makan dan meningkatkan tenaga.
Kisarkan 300gram nanas, empat biji strawberi dan beberapa biji anggur untuk dijadikan jus. Amalkan Setiap hari untuk proses penurunan berat badan.
Mengamalkan minum the hijau panas juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Cubalah secawan pada waktu pagi dan malam