Agensi pelancongan

Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa.

Membawa sabun taharah

Bawa sabun taharah untuk sertu peralatan memasak di hostel atau apartment. Sabun taharah boleh dibeli di kedai yang menjual kelengakapan haji dan umrah. Disini pun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang cakap cukup sekadar bilas dengan air. Ada juga yang cakap perlu di sertu. Jadinya, ikut kepada individu itu sendiri. Kalau rasa tak yakin, bilas sahaja dengan sabun taharah. Kalau yakin, boleh teruskan masak macam biasa. Jangan lupa basuh balik kuali dan periuk lepas masak sudahlah.

Cari tempat makanan vegetarian

Sekiranya tempat yang ingin dituju tu tidak mempunyai restaurant halal, boleh cuba cari restaurant yang menyajikan hidangan untuk vegeterian atau pun Indian Restaurant. Kebanyakkan Indian Restaurant tidak menghidangkan daging dan babi, mereka hanya menghidangkan makanan laut. Jangan pula kita memesan makanan yang berasaskan ayam ya.

Membuat research sebelum travel

Zaman sekarang ni mudah kerana semua benda kita boleh cari di internet. Sebelum travel, pastikan anda membuat sedikit research mengenai tempat yang ingin dikunjungi. Buat senarai restaurant yang menghidangkan makanan halal. Untuk memudahkan pencarian, boleh rujuk di website Zabihah.

Membawa peralatan memasak sendiri ketika melancong

Paling mudah jika anda bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).