Segarkan Brokoli

Brokoli tidak asing bagi seseorang yang menggemari sayur-sayuran hijau. Ianya kaya dengan nutrisi yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan anda. Brokoli amat disarankan untuk dijadikan santapan amalan harian oleh pakar perubatan. Kalau nak diceritakan khasiat brokoli sangat banyak antaranya membantu sistem kekebalan tubuh dan mencegah diabetes dan kanser serta lain-lain lagi. Kali ini kami menyediakan tips untuk menyegarkan sayur brokoli. Semoga Bermanfaat.!

Kurangkan Muak Pada Makanan

Sesetengah makanan apabila kita memakannya menyebabkan kita muak. Salah satunya makanan yang berlemak dan makanan yang sangat manis. Walaupun kita menggemarinya, kita tidak akan makan terlampau banyak. Tanpa kita sedar sebenarnya ada bahan yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan lemak pada makanan ataupun masakan. Kali ini kami berkongsi bahan yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan rasa muak pada makanan. Semoga Bermanfaat.!

Bagaimana Nak Jadikan Biji Petai Bertambah Besar?

Tidak ramai yang menggemari petai kerana baunya yang sangat busuk. Namun begitu, sesetengah orang yang memakannya petai dan sangat menggemarinya. Sebenarnya banyak kelebihan yang terdapat pada isi petai. Antaranya permakanan petai boleh menurunkan risiko penyakit stroke dan mencegah hipertensi. Biji atau isinya tidaklah besar dan mungkin tidak memberi kepuasan kepada penggemarnya. Kali ni kami menyediakan satu tips untuk menambahkan saiz biji petai yang boleh anda cuba buat dirumah. Selamat Mencuba.!

Telur Tidak Retak Apabila Direbus

Kadang-kadang kita tak perasan telur yang kita rebus dalam periuk meretak semasa air sedang mendidih. Telur yang retak itu sedikit mengganggu tekstur telur putih yang kita rebus. Bagi sesetengah orang, mereka sangat mementingkan penampilan atau pembentangan pada makanan. Telur rebus yang retak boleh mengganggu sedikit penampilan makanan tersebut. Gambar yang kami sediakan di atas menunjukkan antara langkah yang sesuai digunakan bagi mengelakkan telur rebus itu retak ketika direbus. Selamat Mencuba.!

Rangupkan Tomato Yang Ranum

Ada sesetangah masakan atau hidangan memerlukan tomato yang rangup. Mesti anda terfikir bagaimana nak jadikan tomato rangup. Apalagi tomato yang masak dan ranum. Sebenarnya, rasanya juga sedap kalau ianya rangup. Gambar yang kami sediakan di atas menerangkan tentang tips yang boleh anda gunakan untuk merangupkan tomato yang ranum. Selamat Mencuba.!