Cara mematikan ikan keli

OLEH SAYS MAKAN

Bahan-bahan diperlukan:

Kebab daging:

  • Kiub daging
  • Minyak zaitun
  • Lada benggala (dipotong segiempat)
  • Bawang besar (dipotong segiempat)
  • Lada hitam Giant
  • Garam

Honey mint sauce:

  • 1 sudu besar tepung jagung Giant (dibancuh dengan air)
  • 1/4 cawan daun pudina cincang
  • 3 sudu besar madu Giant
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul minyak zaitun, garam dan lada.
  2. Masukkan kiub daging dan perap selama 2 jam.
  3. Gunakan lidi sate untuk membuat kebab menggunakan daging diperap, lada benggala, dan bawang besar.
  4. Sapukan kuali pemanggang dengan minyak zaitun.
  5. Bakar kebab selama lebih kurang 10 minit.
  6. Untuk membuat sos, gaul kesemua bahan sos.
  7. Dalam kuali lain, panaskan sos hingga pekat.
  8. Tuangkan sos ke atas kebab.

Petua menghilangkan bau hamis daging kambing

Daging kambing memang sedap jika dibuat gulai atau kari. Dagingnya agak hamis sedikit baunya dan boleh menghilangkan selera untuk menikmatinya. Untuk itu, bagi menghilangkan bau hamis ini, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan. Curahkan air yang ditos tadi diatas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali. Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika. Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.

ikan goreng

Ikan yang digoreng tidak akan menarik jika hasilnya menjadi kecut. Untuk mengelak itu berlaku, ambil tepung,susu segar dan campurkan dengan telur dan digaul rata. Celupkan ikan kedalam adunan ini dan kemudiannya seperti biasa goreng sehingga warna keemasan.

Air beras

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tersebut. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga, ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga

Petua rasa garam dalam masakan

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah diatas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.