Kacang hijau merupakan jenis tanaman yang Fabaceae yang mengandungi gizi dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Kacang hijau mengandungi kalsium, fosfor, zat besi, dan vitamin B kompleks yang boleh mengubati penyakit anemia dan kanser. Selain itu, ia juga boleh menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang tinggi. Begitu juga dengan penyakit diabetes dan lain-lain lagi yang boleh diatasi dengan mengamalkan permakanan kacang hijau. Kebiasaannya, kacang hijau dimasak untuk bubur. Namun begitu ada ketika kacang yang dimasak kurang empuk. Untuk menjadikan ianya lebih empuk, rebus bersama sudu besi ketika merebus kacang hijau.
