Bawa sabun taharah untuk sertu peralatan memasak di hostel atau apartment. Sabun taharah boleh dibeli di kedai yang menjual kelengakapan haji dan umrah. Disini pun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang cakap cukup sekadar bilas dengan air. Ada juga yang cakap perlu di sertu. Jadinya, ikut kepada individu itu sendiri. Kalau rasa tak yakin, bilas sahaja dengan sabun taharah. Kalau yakin, boleh teruskan masak macam biasa. Jangan lupa basuh balik kuali dan periuk lepas masak sudahlah.