Bahan basah:

  • Kimchi (perahkan sikit jus supaya tidak terlalu basah, kimchi dipotong)
  • Daun bawang (jika tiada daun bawang, boleh gantikan dengan daun kucai)
  • Serbuk cili (untuk memberi warna, pilihan)
  • Udang
  • Sotong (ikut kesukaan sama ada mahu dipotong tebal atau sedang)

Bahan-bahan adunan:

  • Tepung serba guna
  • Air 
  • Garam
  • Minyak sayuran

Cara membuatnya:

  • Pertama sekali, perah kimchi sampai agak-agak kering.
  • Kimchi dipotong ikut selera anda.
  • Siapkan bahan-bahan basah, sediakan udang dan sotong, daun bawang di potong lebih kurang 3-4cm.
  • Adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati, jangan terlalu cair, agak-agak seperti cekodok.
  • Campurkan bahan-bahan (adunan+basah) tadi. Kacau kesemuanya, di sini kalau anda ingin tambahkan serbuk cili juga boleh, untuk memberikan warna pada Pajeon.
  • Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan, guna kaedah goreng telur dadar.
  • Pastikan adunan yang dimasak tidak terlalu tebal melainkan anda lebih suka makan yang tak garing.
  • Sambil masak, tekan dengan sudip.
  • Terbalikkan jika sudah nampak garing keemasan.
  • Hidangkan panas-panas dengan sos.