RESEPI ASAL: MAMA ANN
Bahan-bahan:
3 biji telur – rebus
4 biji kentang – potong kecil dan rebus
1 tin tuna in water – buang air dan ambil isi ikan sahaja
mayonis
garam
serbuk lada hitam
Cara-cara:
- Kentang di buang kulit. Potong kecil mengikut saiz yang dikehendaki dan rebus. Saiz jangan kecil sangat dan jangan besar sangat. Kalau kecil sangat nanti waktu rebus kentang hancur dan lembik.
- Setelah kentang masak, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit. Boleh cincang telur untuk hancurkan. Farah lebih suka guna pemarut. Cantik sikit. Senang pun senang hehe. Parut telur sampai habis. Ketepikan.
- Ambil isi ikan tuna. Mesti beli tuna in water ya, bukan in oil ke in mayonis ke. WATER. Ambil isi je. air dia buang. Isi tuna tu hancurkan pakai sudu. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, campurkan telur dan tuna. Gaulkan. Masukkan mayonis. Farah tak sukat mayonis banyak mana. Memang selalu tengok rupa dia je cukup ke tak. Agak-agak lah.
- Masukkan garam dan blackpepper. Tak perlu banyak. Cukup untuk perasakan.
- Rasa semua campuran tu dah sedap ke tak. Kalau dah sedap, masukkan kentang. Gaul sampai sebati.
