Petua rasa garam dalam masakan

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah diatas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

Membawa sabun taharah

Bawa sabun taharah untuk sertu peralatan memasak di hostel atau apartment. Sabun taharah boleh dibeli di kedai yang menjual kelengakapan haji dan umrah. Disini pun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang cakap cukup sekadar bilas dengan air. Ada juga yang cakap perlu di sertu. Jadinya, ikut kepada individu itu sendiri. Kalau rasa tak yakin, bilas sahaja dengan sabun taharah. Kalau yakin, boleh teruskan masak macam biasa. Jangan lupa basuh balik kuali dan periuk lepas masak sudahlah.

Cari tempat makanan vegetarian

Sekiranya tempat yang ingin dituju tu tidak mempunyai restaurant halal, boleh cuba cari restaurant yang menyajikan hidangan untuk vegeterian atau pun Indian Restaurant. Kebanyakkan Indian Restaurant tidak menghidangkan daging dan babi, mereka hanya menghidangkan makanan laut. Jangan pula kita memesan makanan yang berasaskan ayam ya.

Empukkan bubur kacang

Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini,elakkan memasukkan garam dan gula semasa ,merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk barulah dimasukkan garam serta gula.

Petua mengempukkan ayam kampung

Daging ayam kampung biasanya keras dan liat. Untuk melembutkannya, ayam hendaklah direbus dengan sepotong nanas. Daging ayam tersebut akan menjadi lembut.

Membuat research sebelum travel

Zaman sekarang ni mudah kerana semua benda kita boleh cari di internet. Sebelum travel, pastikan anda membuat sedikit research mengenai tempat yang ingin dikunjungi. Buat senarai restaurant yang menghidangkan makanan halal. Untuk memudahkan pencarian, boleh rujuk di website Zabihah.

Membawa peralatan memasak sendiri ketika melancong

Paling mudah jika anda bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).

susu kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

 

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu.

Tips mengikat ayam untuk dipanggang.

Lipatkan hujung kepak kebahagian belakang badan ayam. Ikat kedua dua belah paha ayam,silangkan dan bawa tali pengikat kebahagian atas ayam dan simpulkan.Tips ini berguna diaplikasikan untuk memasak seekor ayam, contohnya untuk memanggang ayam supaya ia kelihatan kemas dan menarik apabila dihidang.

*guna dawai halus sebagai tali pengikat takut  terbakar ,putus *

habatus sauda’

Dalam banyak-banyak penyakit yang boleh disembuhkan dan dielakkan dengan mengamal habatus sauda’ (insya-Allah), saya pilih satu yang paling menarik perhatian saya. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.

 

Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.