Petua Cantik

Kuku Cantik Berkilat

  • pecahkan seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Sapukan pada kuku yang pucat dan pudar supaya bersinar. Amalkannya tiga kali seminggu.
  • Belimbing Buluh Boleh dijadikan bahan mencantikkan kuku. Caranya, gosokkan sahaja buahnya pada kuku. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Jika kamu mempunyai kuku yang rapuh dan patah, gosokkan bawang merah pada kuku sekerap yang boleh. Ia membantu menguatkan kuku sebelum bersinar.

.

Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Jaga kulit pada tangan anda

Kulit pada tangan juga memerlukan penjagaan yang teliti seperti kulit pada bahagian leher, kerana kulit pada tangan juga sangat nipis

Kalau boleh, lakukan kerja rumah sambil memakai sarung tangan. Pastikan anda menjaga kelembapan kulit tangan dengan menggunakan krim yang sesuai.

Anda juga boleh menggunakan krim anti-aging yang sama pada tangan dan muka anda. Jangan lupa juga krim pelindung matahari!

 

Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat

Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkankeradangan. 

Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.