MIXED-NUT-MILK PANNA COTTA

INGREDIENTS

  • 2 teaspoons unflavored powdered gelatin
  • 3 cups Mixed-Nut Milk
  • 1/3 cup sugar
  • 2 tablespoons honey
  • 1/2 vanilla bean, split and seeds scraped
  • Pinch of salt
  • Vegetable oil, for brushing
  • Crushed toasted hazelnuts, for serving
  • 1/4 cup strawberry jam whisked with 1 tablespoon water, for serving

HOW TO MAKE IT

STEP 1    

In a small bowl, sprinkle the gelatin over 1/2 cup of the nut milk and let stand until softened, about 5 minutes. In a medium saucepan, combine the remaining 2 1/2 cups of nut milk with the sugar, honey, vanilla seeds and salt. Bring just to a simmer over moderately high heat. Remove the pan from the heat and whisk in the softened gelatin mixture until dissolved.

STEP 2    

Lightly brush six 1/2-cup ramekins with oil and set them on a baking sheet. Carefully fill the ramekins with the panna cotta mixture and refrigerate until set, about 2 hours and up to 2 days.

STEP 3    

Run a knife around each panna cotta and invert onto a plate. Top with crushed hazelnuts and serve with the jam.

 

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
1 cm halia (dihiris nipis)
1 cm lengkuas (dihiris nipis)
2 helai daun kunyit ( dicarik)
3 cawan santan pekat
10 biji cili padi ( dikisar)
1 cm kunyit hidup (dikisar)
2 keping asam keping
garam dan gula

Cara-cara :

1. Masukkan ayam dan sedikit air ke dalam periuk dan gaul rata bersama cili padi, kunyit hidup, bawang, halia, lengkuas, serai dan daun kunyit
2. Masak dengan api sederhana sehingga ayam setengah masak
3. Masukkan santan dan asam keping, kacau perlahan supaya santan tak pecah minyak. Tambahkan air sekiranya terlalu pekat
4.Perasakan dengan garam dan gula seenak rasa
5.Biarkan sehingga mendidih
6. Siap untuk dihidangkan.

 

GULAI LEMAK PISANG MUDA

  1. Bahan-bahan :

    1 sikat pisang muda (boleh guna pisang emas) {dipotong kecil}
    5 ulas bwg merah {ditumbuk}
    1 ulas bwg putih {ditumbuk}
    15 biji cili padi {ditumbuk}
    1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
    10 ekor ikan bilis sederhana besar
    1 btg serai {dititik}
    2 cawan santan pekat
    Garam
    Air secukupnya
    1 keping asam keping

    Cara-cara :

    1. Masukkan pisang, santan, serai, ikan bilis dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
    2. Perasakan dengan garam dan asam.
    3. Masak hingga pisang empuk.
    4. Siap untuk dihidangkan.

     

RESEPI PANNA COTTA, ‘ITALIAN DESSERT’ YANG LEMAK & BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan susu segar(fresh milk)
  • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar-agar tali atau agar-agar serbuk)
  • 4 sudu besar gula (resepi asal 5 sudu besar gula)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA:

  1. Masak Gelatin

Mula-mula, kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Biarkan.

  1. Masukkan Bahan Lain

Kemudian, masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil.

  1. Gabungkan Semua Bahan

Seterusnya, tutup api dan masukkan gelatin. Kacau semua bahan ini dan masukkan esen vanilla.

  1. Sejukkan

Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer atau 5-6 jam kalau dalam chiller).

  1. Hiaskan Dengan ToppingPilihan

Untuk menambah warna dan kesegaran, variasikan topping panna cotta dengan dengan kepingan hirisan coklat atau buah-buahan kesukaan. Terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing, manisan ini mudah dipelbagaikan.

Boleh guna apa-apa buah, coklat atau jem untuk membuat sosnya sendiri. Kalau nak lebih mudah, beli deco filling yang dah siap. Letakkan sos ini selepas panna cotta dah sejuk dan memejal.

Bila dah siap, inilah hasilnya. Menarik!

IKAN KERISI BERSOS CILI

Bahan-bahan : 

4 ekor ikan kerisi bersaiz sederhana
2 biji bawang besar {dihiris bulat}
3 ulas bawang putih {di cincang halus}
2 biji cili merah {dicincang halus}
3 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
Garam dan serbuk kunyit
Minyak

Cara-cara :

1. Ikan digaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau, masukkan bawang besar dan goreng garing.
3. Masukkan sos cili dan kicap, masukkan sedikit air. Apabila sos mendidih dan pekat (ikut suka kepekatannya…), tuangkan ke atas ikan tadi
4. Siap untuk dihidangkan.

 

 

KERABU JANTUNG PISANG

Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang {dihiris nipis dan direbus}
1 ekor ikan {direbus}
5 biji cili api
2 biji bawang merah
2 batang serai
3 biji limau kasturi
5 sudu makan kelapa parut
3 sudu makan kerisik
1 cm belacan
Garam dan gula
Perasa

Cara-cara :

1. Cili, bawang, serai, kelapa,belacan dan ikan hendaklah ditumbuk hingga hancur dan gaul rata.
2. Masukkan jantung pisang, kerisik dan jus limau kasturi.
3. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa.
4. Siap untuk dihidangkan.

 

AGLIO OLIO

INGREDIENTS

  • Pasta – apa-apa pasta pun boleh
  • Sausage – hiris dadu
  • Tomato segar hiris dadu
  • Chili Kering hiris nipis
  • 3 sdb minyak zaiton
  • 100 g cendawan kering rendam dan hiris nipis
  • 3 ulas bwang putih dicincang


CARA MEMBUATNYA

  1. Masak pasta angkat dan letak sebelah
  2. Panskn minyk dan tumis bawang putih
  3. Masukkan cendawan kering dan masak seketika
  4. Masukkan sausage yang didadu tadi masak sektika
  5. Masukkan pasta, garam dan lada secukup rasa
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan cili kering
  7. Angkat dan siap dihidang

 

 

MASAK LEMAK IKAN KELI DAN BELIMBING BESI

Bahan-bahan :

2 ekor ikan keli
5 biji belimbing besi {dibelah dua}
2 cawan santan pekat
10 biji cili api {ditumbuk}
5 ulas bawang merah {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
Garam

Cara-cara :

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih.
2. Perasakan dengan garam.
3. Sedia untuk dihidangkan.

 

GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

Bahan-bahan :

1 kilo siput sedut {potong ekornya}
1/2 kilo keledek
2 cawan santan pekat
10 biji cili api {ditumbuk}
4 biji bawang kecil {ditumbuk}
1 cm kunyit hidup {ditumbuk}
2 keping asam keping
Garam

Cara-cara :

1. Siput hendaklah direndam seketika dengan sesudu garam halus. Toskan.
2. Masukkan santan, keledek dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan siput sedut dan biarkan hingga ia benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan asam.
5. Sedia untuk dihidangkan.