Tauge tahan lama

Rendam tauge dalam bekas berisi air dan perahan limau nipis lalu disimpan didalam peti sejuk. Ini akan membuat tauge kekal segar lebih lama.

Tips Lembutkan Perut Lembu

  1. Sudu Besi – Rebuskan perut bersama dengan sudu besi dan boleh terus memasak seperti biasa walaupun sudu berada bersama.
  2. Sudu Kaca – Rebuskan perut bersama dengan sudu kaca dan boleh teruskan memasak mengikut resepi yang anda inginkan tanpa perlu mengeluarkan sudu kaca.
  3. Betik Muda – Rebuskan perut bersama dengan betik muda, apabila perut sudah lembut, Toskan air dan masak seperti biasa.
  4. Daun Nangka – Rebuskan perut bersama dengan daun nangka, pastikan daun dicuci betul-betul bersih sebelum direbuskan. Apabila perut sudah empuk. Toskan air rebusan dan bolehlah terus memasak mengikut resepi yang diinginkan.
  5. Beras – Rebus beras bersama dengan perut. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk. Buangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehlah terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula.
  6. Ais Batu – Cuci dan bersihkan perut terlebih dahulu.Rendamkan perut ke dalam ais batu kemudian biarkan selama setengah jam. Toskan air batu. Perut lembu sedia untuk dimasak.
  7. Akar Daun Pandan – Bersihkan akar daun pandan dan buangkan tanah yang melekat disekelilingnya. Rebus perut lembu bersama dengan akar pandan terbabit. Apabila sudah empuk, toskan air rebusan tadi. Kemudian bolehlah memasak seperti biasa.
  8. Halia – Tumbuk halia dan gaulkan dengan garam. Kemudian sapukan bahan ini ke perut lembu dan perapkan selama setengah jam. Cuci dan siap untuk dimasak.
  9. Air Kelapa – Rebus perut bersama dengan secawan air kelapa muda. Selepas lembut bolehlah masak seperti biasa.
  10. Cuka Makanan – Selalunya cara ini digunakan jika memasak dalam jumlah yang banyak seperti 3 kilo dan keatas. Untuk setiap 3 kilo, tambahkan setengah cawan cuka dalam masakan. Jangan risau, perut tidak akan menjadi masam kerana cuka tersebut asalkan tidak dimasukkan secara berlebihan.

KLIK LINK SHOPEE BAWAH NI UNTUK BELI TERUS READY STOK :

1. Cuka Makanan > https://shope.ee/3fVOwjw5FD

2. Air Kelapa > https://shope.ee/6zlquwm7Ll

3. Beras > https://shope.ee/2pwHxNqYBX

4. Halia > https://shope.ee/6ACjvhDDl3

5. Daun Nangka > https://shope.ee/1L7UAtTbLE

6. Akar Daun Pandan >https://shope.ee/2VJRZ8iOJ7

Tips minyak masak

1.Pastikan minyak masak yang telah dikenal pasti rosak atau tidak digunakan lagi.

2.Pastikan minyak masak yang telah digunakan berulang kali disejukkan sebelum dibuang.

3.Minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.

4.Elak pembuangan minyak masak kedalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip.

Tips minuman

Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.

Jangan tambah air pada minuman  untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman.

Elakkan menambah ais kepada minuman kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.

Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.

Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.

TELUR DADAR GEBU

Cara paling mudah mendapatkan telur dadar yang gebu adalah dengan meletakkan sedikit air (lebih kurang 1 sudu) ke dalam telur yang dipecahkan. Kemudian pukul telur sampai berbuih dan gorengkan seperti biasa. Pastikan minyak dalam kuali dah betul-betul panas.

Selain itu, boleh juga letakkan sedikit mayonis dan tutupkan sebentar kuali sementara ia masak dan kembang. Memang gebu gebas!