BEBOLA DAGING

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan daging hancur/kisar
  • 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 12 biji tomato ceri
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
  3. Kemudian masukkan sos dan buah tomato
  4. Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

VENDURE AL FORNO

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 – 3 btg Zuchini
  • sedikit olive oil
  • 100 gm fresh cream x 2 kali guna
  • 1/2 sk garam x 2 kali guna
  • 1/2 sk lada sulah x 2 kali guna
  • 250 gm mozarella shredded cheese
  • 150 gm parmesan cheese
  • 150 gm breadcrumb
  • 2 sb mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Inilah Zuchini. Dekat Malaysia tidak pasti ada dijual atau tidak. Rupa macam timun tapi tasteless. 
  2. Potong Zuchini memanjang. Jangan terlalu nipis khuatir akan lembik. Jangan terlalu tebal, ia akan lambat masak. 
  3. Kemudian, susun bahan-bahan di atas mengikut susunan di bawah (buat macam pai), olive oil, zuchini, garam, gula, fresh cream, mozarella, parmesan, breadcrumb dan akhir sekali mentega. 

Bakar pada suhu 210 darjah atau 30-40 minit ikut jenis oven. Inilah rupanye bila sudah dimasak. 

NASI GORENG CAPSICUM

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 1/2 cawan nasi
  • 50 gm isi ayam
  • 20 gm isi udang
  • Sedikit sayur campur
  • 3 biji lada benggala
  • 1 /2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan mentega. Masukkan ayam dan udang. Setelah ayam dan udang masak, masukkan sayur campur. Kemudian, masukkan nasi dan garam secukupnya.
  2. Basuh dan keringkan lada benggala. Kemudian potong bahagian atasnya. Masukkan nasi goreng ke dalam lada benggala tadi. Potong sedikit bahagian bawah lada jika perlu (untuk menstabilkannya). Letakkan sedikit krim keju dan sedia untuk dihidangkan.
  3. Jika ingin menggunakan keju parut sebagai lapisan atas, bakar di dalam oven. Pastikan dulang pembakar diletakkan sedikit air. Bakar hingga keju mencair.

SALAD SIMPLE

Bahan-bahan diperlukan:

  • Butterhead lettuce.
  • Purple cabbage (kobis purple)
  • 5 bji baby carrots
  • 1/2 btg zuccini
  • Daun salad yang warna merah hati (xtau nama saintifik 😉 lol)
  • Serbuk lada hitam n garam
  • Sos saya guna italian mix salad (boleh cari di mydin or tesco) kalu xde guns olive oil pon ok jg…

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong semua sayur2an memanjang n ikut kesesuaian..campurkan dalam 1 mangkuk.
  2. Masukkan sos/olive oil , garam n lada.Gaulkan.
  3. PERINGATAN : Apabila hendak dimakan barulah digaul dengan sos/ olive oil kalau x sayuran menjadi layu dan berair..so sume zat hilang

Simple and Authentic Creamy Carbonara Spaghetti

Bahan-bahan diperlukan:

  • Satu pack spaghetti (jgn guna angel hair ye!)
  • 1 botol susu dutch lady, full cream
  • 2 biji telur kuning
  • Oregano
  • Keju (cheddar/parmesan)
  • Lada hitam (ikut selera)
  • Butter 2 sudu besar
  • beef bacon (*jika ada)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. -Rebus dahulu, pastikan letak secubit garam dengan beberapa titis minyak
  2. -Masukkan secekak spaghetti (bergantung untuk berapa ramai)
  3. -Bila spagheti mula lembut (al dante), boleh tuskan, dan letak satu sudu butter untuk pastikan spaghetti tidak melekat 🙂
  4. Selesai untuk spaghetti!
  5. -Panaskan pan, letakkan butter dalam 2 sudu besar (pastikan api perlahan, untuk elakkan dari butter burn)
  6. -Potong beef bakon halus-halus, lepastu goreng sehingga beef bacon mula mengecut or garing. Boleh tambahkan sedikit butter untuk elakkan dari bacon hangit(*jika ada)
  7. -agak-agak susu mula mix dengan butter tadi, jangan sampai mendidih, masukkan oregano, lada hitam hancur, garam sikit, and cheese. Cheese jangan terlampau banyak, takut nanti terlalu muak. Sebab kita ada butter, susu, and jangan lupa, nanti nak letak telur lagi kan 🙂
  8. -kemudian bila semua dah mix well, rasa dulu. Takut terlebih masin ke, adjust ikut citarasa masing-masing
  9. Perlahan-lahan, masukkan dua kuning telur, dan kacau berterusan. Make sure jangan sampai sos berketul ye
  10. Bila sos dah mula pekat, masukkan spaghetti, dah tunggu dalam satu minit, boleh dihidangkan

SUP KRIM CENDAWAN

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 sudu besar Secret Barn’s Gluten Free Banana Flour
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 labu besar Bawang Holland – dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dicincang
  • 1 cwn Cendawan (cendawan butang/cendawan tiram/ cendawan jerami) – dihiris
  • 1 cawan susu (low fat / full cream)
  • 1 cawan air /air rebusan ayam / air rebusan sayur-sayuran (vegetable stock for vegetarian)
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Fresh parsley /dried parsley

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dengan menggunakan api yang perlahan,panaskan periuk/kuali, cairkan mentega sehingga bertukar menjadi minyak. Masukkan bawang Holland,bawang putih yang dicincang dan hirisan cendawan.Masak sehingga bahan-bahan menjadi layu dan naik bau yang harum di dapur anda. Biarkan sehingga mendidih
  2. Masukkan air/air rebusan ayam/rebusan sayur serta susu.Kacau sehingga mendidih.
  3. Sediakan blender.Kisar bahan-bahan yang telah dimasak tadi sehingga halus.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk/kuali yang telah digunakan tadi.
  4. Panaskan api,dengan api yang perlahan kacau bahan dengan perlahan.
  5. Larutkan Secret Barn’s Gluten Free Banana Flour dengan sedikit air. Gluten Free Banana Flour berfungsi untuk memekatkan sup krim cendawan itu nanti.Masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.Kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.Taburkan fresh parsley atau dried parsley di atas sup krim cendawan itu tadi.Hidangkan sementara masih panas.
  7. Sup Krim Cendawan ini boleh dihidangkan panas bersama Garlic Bread,Roti Keras,Biskut Kering,Makaroni,Spaghetti dan lain-lain.
  8. **Boleh juga masukkan isi ayam,daging,udang dan lain-lain**
  9. Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

STEW BERGEDIL DAGING DENGAN KUAH BBQ

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan daging patty

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong halus
  • 1 sudu besar herba campuran
  • 2 sudu besar serbuk roti
  • 3 sudu besar HEINZ BBQ Sauce
  • ½ sudu kecil garam

Bahan A:

  • 1 biji bawang besar, dikupas, dipotong kepada beberapa bahagian
  • 1 biji lobak, dikupas dan dipotong
  • 1 biji tomato, dihiris

Perisa:

  • 3 sudu HEINZ BBQ Sauce
  • 1 sudu kecil garam
  • 600ml air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan bergedil daging dalam mangkuk dan gaul. Kemudian bentukkan menjadi saiz kecil sebelum digoreng dalam minyak panas hingga menjadi garing
  2. Tuang minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit dalam periuk. Goreng bawang hingga naik baunya. Masukkan bahan A, daging dan perisa. Kecilkan api biarkan ia masak selama 30 minit.
  3. Selepas itu, ia sudah boleh dihidangkan. Lebih sedap jika ia dimakan bersama roti.

KROKET TAUHU BERKEJU RANGUP

Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 gm tauhu telur, hancurkan (guna tauhu biasa yang 4 segi tu pun ok)
  • 100 gm ayam (ayam cincang / minced)
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk lada putih (kali ni saya letak paprika)
  • 50 gm keju cheddar parut
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 paket Cendawan enorki
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • Bahan salutan: 1 biji telur tepung gandum secukupnya serbuk roti secukupnya
  • tepung gandum secukupnya
  • serbuk roti secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan tahu, ayam, tomato dan bawang cincang, garam dan lada putih. Gaul rata. (Saya masukkan dlm food processor dan kisar lumat).
  2. Masukkan keju dan cendawan, gaul rata.
  3. Lalu tambahkan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Bentuk adunan menjadi bulat, golekkan di bahan tepung, lalu celupkan dengan telur.
  5. Kemudian salutkan dengan serbuk roti.
  6. Goreng dalam minyak panas dengan api sedang sampai keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama pencicah pilihan.

STIK IKAN

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 100 g brokoli 
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji tomato (Dibelah 6) 
  • 1 cawan sos lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan tuskan sehingga kering. 
  2. Perapkan ikan dengan semua bahan kecuali brokoli, lobak 
    merah, dan tomato selama 30 minit. 
  3. Bakar ikan di atas pemanggang sehingga nampak garing. 
  4. Celur brokoli dan lobak merah di dalam air mendidih sehingga 
    lembut.
  5. Hidangkan bersama sayur sayuran dan sos lada hitam.

NASI PAELLA

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Nasi)

  • 1 kg beras basmati 
  • 1 potong ikan tenggiri 
  • 200 g udang 
  • 200 g sotong (Dihiris) 
  • 200 g isi ayam (Dihiris) 
  • 200 g isi kupang 
  • 1 liter stok ayam 
  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah (Dipotong dadu)
  • ½ cawan kacang pis 
  • 2 biji tomato (Dicencang) 
  • 1 pokok daun sup (Dicencang)
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • 2 inci halia (Diketuk)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak dan marjerin. 
  3. Gorengkan udang dan sotong. Angkat dan ketepikan. 
  4. Tumiskan bahan B sehingga layu. 
  5. Masukkan ikan tenggiri, isi ayam, dan isi kupang. Kacau rata. 
  6. Masukkan stok ayam, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendidih. 
  7. Masukkan beras, capsicum hijau, capsicum merah, kacang pis, dan tomato. Biarkan mendidih sekali lagi. 
  8. Apabila sudah kering masukkan daun sup, udang, dan sotong yang 
    sudah digoreng tadi. Masakkan sebentar lagi. 
  9. Sedia dihidangkan.