URAP SILOM

Bahan-bahan diperlukan:

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan – dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi – kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  3. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  4. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan. 
  5. Cuci bersih daun silom dan dipotong halus – macam potong daun bawang/sup. 
  6. Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas….
  8. Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm…sedapnya!

EGG CHEESE PIE

Bahan-bahan diperlukan:

  • <b>Bahan A</b>
  • 1 tangkai leek
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 biji bawang merah kecil
  • olive oil
  • <b>Bahan B</b>
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar cream
  • 1 cawan susu segar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • *mozarella cheese

Cara menyediakan dan memasak:

  1. <B>Bahan A</B>; Panaskan sedikit olive oil, gorengkan bawang, leek dan daun bawang. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Goreng sehingga kekuningan angkat.
  2. <B>Bahan B </B>;Masukkan semua bahan B dan kacau sehingga rata. Masukkan mozarella cheese ke dalam plain pie tadi, bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masukkan mozarella cheese ke atasnya. Bakar sehingga masak kekuningan.
  3. note; guna plain crunches pie

BAKED SPANISH OMELETTE

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Naikkan suhu oven 180’C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
  6. Bakar selama 45 minit, 180’C atau hingga masak.

SAMBAL UDANG KERING NYONYA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 15 tangkai lada kering di blend separa halus.. tp jgn terlalu halus..
  • 1 labu bawang merah &amp; 2 ulas bawang putih .. di blend sekali
  • 50gm udang kering halus…. basuh pastikan selepas itu di keringkan.. jangan direndam..
  • minyak secukupnya utk bahan nih tengelam..
  • garam n ajinomoto secukup rasa..

Cara menyediakan dan memasak:

  1. panaskan kuali dan goreng lada kering dengan api yg kecil..
  2. masukkan udang kering, garam n perasa.. biar smpi udang kering tu sedikit garing..
  3. masukkan bawang merah n putih tadi.. jaga api… jgn smpi hangit plak… pastikan lada kering tidak hangit…

sedia utk dimakan bersama bubur nasi.

CHEESY APRICOT SCONES

Bahan-bahan diperlukan:

  • 350 g self-raising flour (tepung berserbuk penaik)
  • 140 g mentega
  • 100 g cream cheese
  • 30 g gula halus
  • 10 keping aprikot kering, didadu
  • 3 camca besar UHT whipping cream
  • Secubit garam
  • 3 camca besar susu segar*
  • 1 biji telur gred A*(disatukan dan pukul sedikit)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan mentega dan cream cheese dalam mangkuk adunan. Ayak tepung dalam ke dalam mangkuk tadi dan gaul ramas dgn hujung jari hingga menjadi tekstur serbuk roti. 
  2. Masukkan cincangan aprikot dan gaul hingga rata. 
  3. Masukkan UHT whipping cream dan gaul hingga sebati 
  4. Tuang bancuhan telur dan susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yg lembut tapi tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan. Jgn bimbang jika bancuhan telur tidak habis digunakan… 
  5. Doh dibagi 2, canai satu bahagian doh atas papan pencanai yang telah ditabur dgn sedikit tepung setebal 2cm, terap dgn acuan bulat berdiameter 6cm. 

Susun dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu lebihan bancuhan telur dan susu atas scone tadi dan bakar pada suhu 200C, selama 13 – 15 minit. Alih scone atas redai dan sejukkan. Hidang bersama jem kegemaran