DALCA MANGGA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji mangga muda – dipotong kecil-kecil
  • satu ikat kacang panjang
  • 50 gm kacang dal
  • 1 bijik bawang besar
  • 3-4 tangkai cili merah .. cili kering pun boleh gakz tarOk..
  • 50-60 gm udang kering
  • 3 sudu besar serbuk kari ( ikut suka arr brand apa.. ) ieja guner kari ikan .. pekat skit
  • 3 sudu besar minyak
  • Sedikit garam.. secuKoOp ghaserr ja

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam kacang dal selama 1 jam. Kacang panjang dipotong 3 cm dan bawang besar dipotong dadu
  2. Panaskan minyak .Kemudian masukkan bawang,cili kering( kalau nak masuk cili kering laa) dan rempah kari yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air selama 5 ke berapa minit lar. Tumis sampaii naik bau 😉
  3. Kemudian tambahkan 2 1/2 cawan air, kacang dal dan udang kering, masak kembali selama 10 minit .
  4. Akhir sekali masukkan mangga..kacang panjang dan cili masak yang dihiris tadi..selama 4 minit, kemudian tambahkan garam dan kacau rata.

MEE KUAH BERKAWAH

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 bungkus mee kuning (celur dengan air panas sekejap dan tos)
  •  
  • BAHAN KUAH
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan isi ayam (potong dadu kecil)
  • 12 ekor udang sedang
  • 10 biji cipi api (belah 2)
  • Sawi dan kobis secukupnya
  • 4 biji telur
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • 1 kuib ayam maggi (knorr punya brand tak sedap)
  •  
  • HIASAN
  • Daun sup, bawang goreng dan cili potong secukupnya.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.Kacau sebentar. Masukkan air.Masukkan isi ayam dan kuib ayam.Biarkan mendidih.Masukkan udang. Biarkan seketika.
  2. Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.Masukkan sawi dan kobis.Biarkan seketika.Masukkan pula tomato.Akhir sekali pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan api.
  3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong(jika suka)

IKAN LAMPAM BERSAMBAL TAUCU

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng)
  • 2 sudu besar taucu masin – dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit
  • minyak utk menumis
  • gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Bahan ditumbuk halus
  • 1 genggam lada api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan ditumbuk kasar
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Bahan dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam gelugor

Cara menyediakan dan memasak:

  1. sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus.
  2. Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api
  3. Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas..

NASI GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cwn nasi putih
  • 1 sdb cili padi kisar
  • 1 sdb bawang kisar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 pokok daun ketumbar
  • 3 biji cendawan butang (Hiris nipis)
  • 1 btg carrot (Potong ikut suka)
  • 4 btg putik jagung (Potong bulat)
  • 3 sdb jagung tin
  • Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (Lg sedap klu guna olive oil)
  • Sedikit sos lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. *Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili padi kisar dan bawang kisar, kacau sebati hingga agak garing.
  3. Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sos lada hitam.
  5. Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
  6. Masukkan jagung tin dan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
  7. Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)
  8. Selamat Mencuba.

PEPPERY BUTTER SQUID

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A:-
  • 500 g sotong sederhana besar
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan B:-
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar tepung beras
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan2 lain:-
  • 2 camca besar mentega (gunakan butter yg bermutu)
  • 1 camca teh minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 batang leek, dihiris halus
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
  • Hirisan daun bawang dan belahan limau kasturi utk hiasan
  • 1 biji telur gred B, atau gunakan 1/3 bahagian telur gred A.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan sotong, asingkan kepala dan badan. Buang mulut sotong dan mata. Potong badan sotong besar2. Cuci kedua2nya dan toskan. Kemudian gaul kan dgn bahan A dan perap 10 minit.
  2. Gaul semua bahan B dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan. Pecah kan telur dan pukul sedikit dgn garfu, tuang ke dalam sotong dan gaul hingga rata. Kemudian salut setiap bahagian potongan sotong tadi dgn bancuhan bahan B. Ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali utk goreng terendam (lebih kurang 1 liter). Bila minyak panas, goreng sotong tadi sedikit demi sedikit (500 g sotong buat 4 kali goreng) hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. 

Keluarkan minyak dalam kuali. Masukkan mentega dan 1 camca teh minyak. Bila mentega cair, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan hirisan leek, gula, garam dan lada hitam yg ditumbuk kasar. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul hingga mesra. Biar 1 – 2 minit dan boleh diangkat. Hias dgn hirisan daun bawang dan limau kasturi sebelum dihidang