AYAM BLACK PEPPER

Ingredients

  • 5 ketul ayam
  • 6 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • beberapa biji cili padi – jika suka
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN-BAHAN PERAP :

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam

Directions

  1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidang.

 

Petua kecantikan

Kulit Kaki Licin

  • Rawatan skrub badan sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang lebih licin dan lembut. Campurkan serbuk kopi bersama gel mandian. Gosokkan serata tubuh. Kemudian mandi seperti biasa.

  • Sediakan dua senduk gula bersama pisang dan madu. Gaul sebati kesemua bahan itu dan gosokkan ke seluruh tubuh. Biarkan selama 10 minit sebelum badan dicuci bersih

  • Kerapkan mengurut badan menggunakan minyak zaitun atau apa sahaja minyak yang mengandungi lembapan. Sapukan keserata kulit badan. Kulit tubuh bukan sahaja lembap malah kecantikan berkilau.

CHEESECAKE BROWNIES

Ingredients

  • 150 g mentega
  • 300 g coklat masakan (dihiris halus)
  • 3 biji telur
  • 215 g (1 cawan) gula caster
  • 225 g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 65g (1/4 cawan) sour cream
  • 250 g cream cheese

Directions

  1. Panaskan oven 180 degree celcius. Griskan loyang dengan mentega
  2. Campurkan mentega dan coklat dalam bekas dan cairkan secara water bath. Setelah semua cair sejukkan
  3. Pukul 2 biji telur dalam bekas. Campurkan 140g (2/3 cawan) gula, telur yang tela dipukul tadi kedalam campuran coklat dan mentega.
  4. Tambahkan tepung dan sour cream. Kacau sehingga semua sebati.
  5. Pukul cream cheese dan gula selebihnya sehingga smooth dalam mangkuk asing.
  6. Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga semua bercampur sempurna.
  7. Masukkan adunan coklat dalam loyang. Kemudian masukkan adunan cream cheese di atasnya.
  8. Dan lorekkan lingkaran atasnya dengan menggunakan pisau.
  9. Bakar selama 30 minit

 

SUSHI

Bahan-bahan:
1. Beras short grain (saya guna jenis Sumo mcm gambar di atas). Beras ni ketot-ketot aje tau. Lagi ketot dari beras yang kita biasa makan di Malaysia.
2. Seaweed atau rumpai laut yang dileperkan (alah… macam dalam gambar di atas). Pastikan anda cari yang ada logo halal ya sebab kalau yang semuanya bahasa asing, susah juga sebab tak tau kandungan apa yang ditulis dalam bahasa tu).
3. Minyak bijan
4. Minyak masak (sedikit aje gunanya)
5. Telur 2-3 biji (bergantung berapa banyak anda nak buat kimbap ni)
6. Sebatang lobak merah
7. Sebatang timun
8. Sosej (ayam atau daging, bergantung pada mana yang anda suka)
9. Sedikit garam
10. Bamboo mat atau dalam bahasanya tikar bamboo kecil (boleh le kot ayat ni, hehehee…)

Cara-cara penyediaan
 Masak nasi dalam 3 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. Selalunya kalau 3 pot beras, airnya mesti 6 pot. Dan selalunya, jika 3 pot beras anda masak, anda akan dapat dalam 6 gulung panjang kimbap tu.

Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa. Potong memanjang bila sudah masak.

Buang kulit lobak merah dan potong memanjang seperti mana macam telur juga.

Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang seperti lobak tadi cumanya, jangan ambil bahagian tengah timun yang berair. Tak sesuai untuk diletakkan dalam kimbap. Takut cepat basi. Potong memanjang timun tersebut, Jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking.

Sosej pula, anda potong empat bahagian memanjang. Sama seperti timun dan lobak.

Goreng lobak merah yang dipotong ke dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedikit aje tau. Kemudian angkat dan ketepikan.

Goreng sosej pula dengan minyak yang sedikit. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan. Saya sarankan anda lap minyak yang ada pada sosej dan lobak agar ia tidak terlalu berminyak di dalam gulungan kimbap. Untuk kesihatan juga kan…

Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. Tang ni, ikut citarasa anda. Kiranya suka rasa tawar, kurangkan garam. Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. 

Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan benyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni. Benyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik sangat dah kimbap tu dan membazirlah kan… 

Kemudian, ambil timun dan letakkan ditepi sekali. Ambil sosej, telur dan lobak merah dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan.

Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. 

Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati… 🙂

Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper dan paling ‘hebat’ sekali adik saya buat, dibantainya makan dengan sambal tumis ikan bilis. Hehehe…

 

SAMBAL BILIS HITAM PAHANG

Ingredients

  • 12 kg ikan bilis
  • 5 biji bawang putih
  • 10 biji bawang kecik
  • 15 biji cili api
  • 10 biji belimbing buluh (Direbus hitam)
  • Sedikit kicap
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk perasa

Directions

  1. Tumbuk kasar semua bahan-bahan.
  2. Tumiskan kesemua, letak perasa & kicap kalau nak manis sedikit, Tidak perlu letak garam.
  3. Masak dengan api perlahan sehingga warna bertukar gelap. anggaran 1-2jam di atas dapur.

 

 

Petua Cantik

Tubuh langsing dan kurus

  • Hiris Separuh biji lemon. Campurkannya ke dalam gelas air suam, Amalkan meminumnya setiap pagi untuk membantu kamu mengawal selera makan dan meningkatkan tenaga.

  • Kisarkan 300gram nanas, empat biji strawberi dan beberapa biji anggur untuk dijadikan jus. Amalkan Setiap hari untuk proses penurunan berat badan.

  • Mengamalkan minum the hijau panas juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Cubalah secawan pada waktu pagi dan malam

Salmon with Avokado, Mangga, Wasabi dan Tobiko

Bahan-bahan:
600g Salmon Norway segar, isi bahagian belakang (loin), dipotong dadu
1 biji avokado, dipotong dadu
1 biji mangga, dipotong dadu
1 biji bawang merah, dicincang
1 tangkai daun ketumbar, dicincang 
Jus 1 biji lemon atas lebih
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil pes wasabi
1 sudu besar tobiko (flying fish roe)
120g salad mesclun
4 biji tomato ceri, dibelah empat
Gula,garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak:

1.Gaulkan ikan salmon, avocado, mango, bawang dan daun ketumbar di dalam mangkuk.

2.Tambahkan jus lemon ke dalam campuran dan perisakan dengan gula, garam dan lada sulah hingga secukup rasa.

3.Tambahkan pes wasabi, mayonis dan tobiko ke dalam campuran.

4.Dengan menggunakan acuan bulat, bentukkan 4 bulatan campuran tartar dalam pinggan.

5.Hiaskan dengan salad mesclun dan tomato ceri.

6.Sejukkan sebelum dihidang. Tambahkan avocado dan mangga ke dalam campuran apabila tartar sedia untuk dimakan.

 

KERABU KAKI AYAM

Ingredients

  • 2 batang serai
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya *
  • 1 biji tomato
  • 1 batang lobak merah kecil*
  • 3 helai daun limau purut
  • secekak daun ketumbar
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula
  • 2 sudu sos ikan (nampla)

Directions

  1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
  2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
  3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
  4. Campurakan semua bahan. Gaulkan sebati.
  5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
  6. Hidang segera.

 

Petua Cantik

Kuku Cantik Berkilat

  • pecahkan seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Sapukan pada kuku yang pucat dan pudar supaya bersinar. Amalkannya tiga kali seminggu.
  • Belimbing Buluh Boleh dijadikan bahan mencantikkan kuku. Caranya, gosokkan sahaja buahnya pada kuku. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Jika kamu mempunyai kuku yang rapuh dan patah, gosokkan bawang merah pada kuku sekerap yang boleh. Ia membantu menguatkan kuku sebelum bersinar.

.

AYAM MASAK BALI

Ingredients

  • ½ ekor ayam bersaiz besar
  • Daun kari secukupnya
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • 3-5 sudu besar kicap tamin
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

  • Segenggam cili kering (rebus)
  • 5-6 biji bawang besar
  • seinci halia
  • sedikit belacan
  • 1 labu bawang putih

Directions

  1. Bersihkan ayam. Lumur kunyit dan garam.
  2. Goreng hingga separa masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali yang berasingan.
  5. Masukkan minyak dan tumiskan serai sehingga separa garing dan naik bau.
  6. Masukkan daun kari. Kacau sebati.
  7. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing serta naik minyak.
  8. Masukkan kicap, garam dan gula. Gaulkan sebati.
  9. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.