Crispy Potato Sandwich

INGREDIENTS

  • Roti – dibelah dua serong
  • 2 biji Kentang – dikopek kulit dan direbus sehingga empuk
  • 1 s/k serbuk Lada Hitam – gunakan lada hitam biji dan dikisar menjadi serbuk
  • 1 s/k serbuk Jintan Manis – gunakan jintan manis biji dan dikisar menjadi serbuk
  • 1 biji Lada Merah – dihiris halus atau pun dicincang
  • 1/2 biji Limau nipis atau secukup rasa – ambil jusnya sahaja
  • Daun Ketumbar – dipotong-potong (tidak terlalu halus)
  • Perasa ‘cukup rasa’ maggie secukupnya – mai tidak menggunakan garam
  • Butter secukupnya untuk memasak
  • Bijan secukupnya
  • Sos tomato secukupnya

DIRECTIONS

  1. Lenyekkan kentang dan masukkan lada hitam, jintan manis, serbuk perasa, lada merah,daun ketumbar dan jus limau nipis(perahkan sedikit dahulu dan rasa, jangan terlalu masam). Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  2. Sapukan sebelah kepingan roti dengan sos tomato (seperti digambar) dan sapukan dengan adunan kentang tadi, seterusnya aburkan bijan secukupnya.
  3. Panaskan kuali dengan api kecil dan letakkan sedikit butter bersama roti tersebut, biarkan seketika sehingga dibahagian bawah roti tersebut garing.
  4. Letakkan sedikit butter di atas setiap roti (seperti digambar) dan terbalikkan roti tersebut. Biarkan seketika sehingga di bahagian kentang tersebut garing sebelum diangkat dan dihidangkan.

 

Petua Penjagaan Kulit Wajah

Hilangkan Parut Demam Campak

Ambil beberapa helai daun semambu dan tumbuk hingga lumat. Sapukan ke parut dan biarkan kering. Amalkan sehingga parut hilang.

Puding Roti & Epal

INGREDIENTS

  • 6 keping roti sandwich – ikut la brand pe pun..- dicarik2kan
  • 4 sudu teh marjerin
  • 4 sudu makan kismis hitam
  • 4 biji buah epal hijau – dipotong 8 bahagian – spt potato wedges
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur gred A
  • 2 susu teh gula @ secukupnya

Directions

  1. Panaskan ketuhar anda pada suhu 180°C
  2. Masukkan roti yg telah dicarik tadi ke dalam mangkuk sederhana bersama marjerin dan gaulkan sebati.
  3. Sapukan sedikit marjerin pada lapisan bawahnya dan susunkan SEBAHAGIAN roti tadi dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  4. Kemudian,untuk lapisan kedua…susunkan pula buah epal dan taburkan kismis hitam diatasnya.
  5. Setelah itu,susun SEBAHAGIAN lagi roti tadi diatas permukaan buah epal tadi sebagai lapisan ketiga.
  6. Dalam mangkuk berlainan,campurkan susu segar,gula dan telur dan kacau hingga kembang dan sebati.
  7. Tuangkan ke atas lapisan roti tadi.
  8. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit.
  9. Boleh dipotong dan dihidangkan.

 

Petua Menjaga Kulit Wajah

Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Petua Menjaga Kulit Wajah

Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah, biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah uolss tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

 

Kek Coklat Tanpa Telur (Eggless)

Ingredients

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh garam ( secukupnya )
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu besar coklat cip
  • 1 cawan air ( 250 ml ) atau secukupnya – better guna air sejuk dlm fridge
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 cawan minyak

Directions

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
  2. Masukkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat,serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.
  3. Kemudian,masukkan pula air sejuk,gula,esen vanila,jus lemon,garam serta minyak dan pukul hingga sebati.
  4. Setelah itu,masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati dan tidak berketul.
  5. Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut.
  6. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

  • Masukkan coklat masakan,sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu dalam bekas dan guna kaedah doule boiler..biarkan cair dan toppingkan atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.

 

Petua Menjaga Kulit Wajah

Menghilangkan Bintik Hitam (Blackhead) di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. Sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. InsyaAllah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang… tapi uolss kena rajinlah mengamalkannya… Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

Spicy beef and vegetable soup

Ingredients

  • 1 pound beef brisket, cut into several pieces along the grain 3 inch long, soaked in cold water for 10 to 20 minutes, washed, and drained
  • 4 dried shiitake mushrooms
  • 1 medium onion, cut in half
  • 12 ounces (about 3 cups) mung bean sprouts (you can grow your own!), washed and strained
  • 3-4 large green onions (dae-pa) or 14-16 green onions, cut into 2½ inch long pieces
  • 6 ounces of soaked (or fresh) gosari (about 2 cups), cut into 2½ inch long pieces
  • 8 cloves of garlic, minced

Sauce

  • ¼ cup hot pepper flakes
  • 1 tablespoon salt
  • 1 tablespoon soy sauce
  • 1 table spoon sesame oil
  • 1 tablespoon olive oil (or any cooking oil)
  • On the side
  • Extra salt

Directions

  1. Start cooking the beef, mushrooms, and onion:
  2. In a large pot, bring 3 quarts (12 cups) of water to a boil. Add the beef along with the dried shiitake mushrooms and the onion.yukgaejang making (육개장 만들기)
  3. Cook for 1 hour over medium high heat.
  4. While it boils, make the seasoning sauce and prepare the vegetables:
  5. Combine the sauce ingredients in a bowl and mix it well.
  6. yukgaejang-sauce
  7. Cover with plastic wrap and set aside.
  8. Put the mung bean sprouts, green onions, gosari, and garlic in a large bowl.Yukgaejang (육개장)

Make the soup:

  1. 1 hour later, check the beef. Take a sample chunk and split it with your fingers or fork. If it splits nicely, it’s done. If it’s a little tough to split, let it cook for 10 more minutes. As stock boils off, you want to maintain about 10 cups’ worth, so add some water.
  2. When it’s done, remove the beef, onion, and mushrooms with a slotted strainer.
  3. Let the beef and mushrooms cool down and discard the cooked onion.
  4. Mix the vegetables with the seasoning sauce by hand until well incorporated. Add to the boiling stock.Yukgaejang (육개장)
  5. Cover and cook 20 minutes over medium high heat until the vegetables are cooked through and tender, but not mushy.
  6. Slice the mushrooms and pull the beef apart into strips. Add to the boiling soup and cook another 10 minutes.
  7. Serve:
  8. Remove from the heat, ladle and serve. Prepare a small bowl of salt on the table, for anyone who wants to add some. Serve with rice and side dishes. Before eating, people can add a pinch of salt to their taste if they like.

MEE KUAH BERKAWAH

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 bungkus mee kuning (celur dengan air panas sekejap dan tos)
  •  
  • BAHAN KUAH
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan isi ayam (potong dadu kecil)
  • 12 ekor udang sedang
  • 10 biji cipi api (belah 2)
  • Sawi dan kobis secukupnya
  • 4 biji telur
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • 1 kuib ayam maggi (knorr punya brand tak sedap)
  •  
  • HIASAN
  • Daun sup, bawang goreng dan cili potong secukupnya.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.Kacau sebentar. Masukkan air.Masukkan isi ayam dan kuib ayam.Biarkan mendidih.Masukkan udang. Biarkan seketika.
  2. Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.Masukkan sawi dan kobis.Biarkan seketika.Masukkan pula tomato.Akhir sekali pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan api.
  3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong(jika suka)

Puding Biskut & Kopi

INGREDIENTS

  • 1 cawan whipping cream
  • 1 peket biskut marie perisa kopi
  • 1 cawan susu segar – disuamkan
  • 3 sudu besar serbuk koko Van Houten
  • 200 gm gula aising
  • 3 titik esen vanila
  • kacang tanah goreng/kacang hazel/kacang almond – secukupnya

Directions

  1. Masukkan whipping cream,serbuk koko,esen vanila dan gula icing ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga adunan menjadi pekat.
  2. Dengan menggunakan pengepit,celupkan biskut ke dalam susu segar yang telah pun disuamkan…harus diingat,celup sekejap jer..kalu lame nanti pecah la biskut kiter tu ye…cukup biskut tu diliputi susu jer..ulang sampai la abis biskut tu
  3. Susunkan biskut dalam bekas yang bersih sehingga 3 atau 4 lapisan.
  4. Tekankan lapisan biskut tadi menggunakan sudu secara lembut je…utk bg mampat sikit.
  5. Kemudian,tuangkan adunan yang telah diputar tadi..rata kan ke seluruh bahagian lapisan biskut.
  6. Taburkan kacang tanah di atas permukaannya.
  7. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  8. Boleh dihidangkan.