NASI GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cwn nasi putih
  • 1 sdb cili padi kisar
  • 1 sdb bawang kisar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 pokok daun ketumbar
  • 3 biji cendawan butang (Hiris nipis)
  • 1 btg carrot (Potong ikut suka)
  • 4 btg putik jagung (Potong bulat)
  • 3 sdb jagung tin
  • Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (Lg sedap klu guna olive oil)
  • Sedikit sos lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. *Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili padi kisar dan bawang kisar, kacau sebati hingga agak garing.
  3. Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sos lada hitam.
  5. Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
  6. Masukkan jagung tin dan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
  7. Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)
  8. Selamat Mencuba.

CHOCO MOUSSE BROWNIES

Ingredients

BAHAN UNTUK BROWNIES

  • 45 gm butter
  • 65 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 50 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko

BAHAN UNTUK CHOCOLATE MOUSSE

  • 140 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100 ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200 gm whipping cream
  • 40 gm gula halus

Directions

CARA MENYEDIAKAN BROWNIES

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi.
  4. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

 

 

 

CARA MENYEDIAKAN CHOCLATE MOUSSE

  1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100 ml air.
  2. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan tak larut sepenuhnya.
  3. Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double bowl’ (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  4. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi.
  5. Biarkan sehingga sejukkan.
  6. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.
  7. Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh. Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  8. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  9. Masukkan adunan no.5 dan no.2 ke dalam adunan no.4. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  10. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies.
  11. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

 

PEPPERY BUTTER SQUID

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A:-
  • 500 g sotong sederhana besar
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan B:-
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar tepung beras
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan2 lain:-
  • 2 camca besar mentega (gunakan butter yg bermutu)
  • 1 camca teh minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 batang leek, dihiris halus
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
  • Hirisan daun bawang dan belahan limau kasturi utk hiasan
  • 1 biji telur gred B, atau gunakan 1/3 bahagian telur gred A.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan sotong, asingkan kepala dan badan. Buang mulut sotong dan mata. Potong badan sotong besar2. Cuci kedua2nya dan toskan. Kemudian gaul kan dgn bahan A dan perap 10 minit.
  2. Gaul semua bahan B dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan. Pecah kan telur dan pukul sedikit dgn garfu, tuang ke dalam sotong dan gaul hingga rata. Kemudian salut setiap bahagian potongan sotong tadi dgn bancuhan bahan B. Ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali utk goreng terendam (lebih kurang 1 liter). Bila minyak panas, goreng sotong tadi sedikit demi sedikit (500 g sotong buat 4 kali goreng) hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. 

Keluarkan minyak dalam kuali. Masukkan mentega dan 1 camca teh minyak. Bila mentega cair, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan hirisan leek, gula, garam dan lada hitam yg ditumbuk kasar. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul hingga mesra. Biar 1 – 2 minit dan boleh diangkat. Hias dgn hirisan daun bawang dan limau kasturi sebelum dihidang

Petua Menjaga Kulit Wajah

Tips Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka, pada bahagian bawah mata sapukan krim atau foundation tu sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

PUDING SAGU PELANGI

Ingredients

  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair – 400ml, boleh guna santan
  • 3 jenis pewarna kegemaran

Directions

  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih. Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir untuk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yang lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api. Cedok 200ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  5. Cedok 200ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi.
  6. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

 

NASI GORENG OREGANO

Bahan-bahan diperlukan:

  • Nasi putih (3-4 orang makan)
  • bawang putih 3 4 ulas (ditumbuk kasar)
  • bawang merah 3 ulas & 1 lada hijau besar (dibelah2)
  • 1 sudu kecil ladahitam (ditumbuk bersama)
  • segenggam isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • potongan karot
  • daun sawi secukupnya -nak guna mix vege pun tak apa
  • minyak untuk menggoreng
  • garam, gula & serbuk perasa secukupnya.

Cara menyediakan dan memasak:

1. panaskan minyak masukkan bawang putih biarkan layu dan masukkan lada besar hijau

2. kemudian masukkan bawang merah yg telah ditumbuk bersama lada hitam tadi tumis hingga naik bau

3. masukkan ayam biarkan seketika dan masukkan sedikit air sehingga ayam hampir empuk

4. Masukkan potongan karot biarkan seketika dan masukkan oregano.

5. kemudian masukkan garam gula serbuk perasa biarkan lagi sehingga air hampir kering

6. kemudian masukkan nasi putih bersama daun sawi

7. sedia dihidangkan.. boleh dihiaskan bersama daun sup dan bawang goreng

MARINATED CLAMS WITH CHILE AND PARSLEY

Ingredients

for servings

2 ⅕ pounds Clams (fresh or frozen)

1 large Onion

2 Garlic cloves

1 green Chile pepper

½ bunch flat-leaf Parsley

½ Lemon

2 tablespoons Olive oil

1 ¼ cups dry White wine (or fish stock)

Salt

Pepper

Preparation steps

Step 1/10

 

Scrub clams and let soak for 1 hour in cold water, chaning the water once. (If using frozen clams, let thaw first.)

Step 2/10

 

Meanwhile, peel onion and garlic and finely chop both. Halve chile lengthwise, remove the seeds, rinse and pat dry. Cut chile into thin strips.

Step 3/10

Rinse parsley, shake dry, pluck leaves and chop coarsely. Squeeze juice from lemon.

Step 4/10

Drain clams in a sieve. Discard any that remain opened.

Step 5/10

Heat oil in a large pot over medium heat. Cook onion and garlic until translucent, about 2 minutes. Add chile and sauté until softened, about 1 minute.

Step 6/10

Add wine and bring to a boil.

Step 7/10

Add clams, cover and cook over high heat until all the clams have opened, about 4 minutes, shaking pot a few times.

Step 8/10

With a skimmer, transfer clams to a plate. Remove any clams that have not opened.  

Step 9/10

Add parsley to the cooking broth and season with salt, pepper and lemon juice.

Step 10/10

Pour broth over the clams and serve hot or warm.

 

Petua Menjaga Kulit Wajah

Petua Naikkan Seri Wajah/Muka 
Setiap kali sebelum uolss ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh membantu menyerikan wajah uolss. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka uolss. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah uolss akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

PUDING SIRAP SUSU

Ingredients

  • 10gm agar-agar
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit sirap rose

Directions

  1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga larut, masukkan gula dan daun pandan. Kacau lagi sehingga mendidih.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian daripada agar-agar tersebut, masukkan pewarna sirap rose. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan. Setelah sejuk potongkan kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas atau acuan yang disukai.
  3. Sebahagian lagi masukkan susu cair. Biarkan mendidih seketika. Kemudian barulah dituang ke dalam acuan yang berisi agar-agar sirap tadi. Sejukkan ke dalam peti sejuk.

 

 

KOREAN CUCUMBER SALAD (OL NAMUL)

ingredients 

Directions

  1. Cut off ends of cucumber. Then, slice cucumbers in circles.
  2. Sprinkle salt over cucumbers and set aside for 30 minutes.
  3. Drain moisture from cucumbers by laying them onto a paper towel and squeezing another piece of paper towel over the top.
  4. Place cucumbers into a mixing bowl and mix with rest of ingredients.
  5. Serve chilled.