SAMBAL MANGGA DAN IKAN

Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembong/selar {dibakar dan diambil isinya}
2 biji mangga muda {dicincang}
7 biji cili api {ditumbuk}
Garam dan gula

Cara-cara :

1. Tumbuk cili, garam dan gula hingga hancur.
2. Masukkan ikan dan mangga. Kacau rata.
3. Siap untuk dihidangkan.

 

 

BAWAL MASAK KARI ALA PANTAI TIMUR

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar [dihiris]
  • 2 ulas bawang putih [dihiris]
  • 3 helai daun kari
  • 8 biji kacang bendi
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • Jus asam jawa
  • Minyak
  • Garam

Cara-cara :

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, kacang bendi dan cili hijau, kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan ikan dan kacau perlahan.
  4. Masukkan tomato dan jus asam jawa.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Siap untuk dihidangkan.

 

UDANG MASAK KARI

Bahan-bahan :

500 gm udang sederhana besar
secekak kacang buncis/kacang panjang
1/2 cawan santan pekat
1 paket serbuk kari
2 biji bawang besar [dihiris]
3 ulas bawang putih  [dihiris]
5 cm halia [diracik]
Jus asam jawa
Garam
Perasa
2 camca minyak
Air secukupnya

Cara-caranya :


1. Bersihkan udang, potong kacang buncis, ketepikan
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kacang buncis, santan dan jus asam jawa. Masukkan air secukupnya, biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

LASAGNA

BAHAN:

  • Sos Marinara segera (tidak kisah jenama apa)
  • 2-3 paket daging cincang
  • Cendawan butang (dicincang kasar)
  • Bekas kaserol tahan panas
  • Garam dan lada hitan secukup rasa
  • Emping cili (kisar kasar cili kering)
  • Keju Ricotta
  • Keju Mozzarella (dicincang kasar)
  • Keju Parmesan (siap diparut)
  • 2-3 biji kuning telur
  • Daun parsli segar (dihiris)
  • Serbuk cabai (Cayenne powder)

CARA:

INTI DAGING:

  1. Panas periuk di atas api serdehana.
  2. Tuangkan 3 sudu besar minyak zaitun dan goreng daging cincang tadi sehingga semuanya hancur. (tidak perlu garing)
  3. Masukkan cendawan bersama bahan perasa seperti garam, emping cili dan lada hitam. Gaul sebati. Goreng sehingga naik bau.
  4. Tuang sos marinara sehingga campuran daging teggelam.
  5. Tutup periuk. Biarkan ia masak dan direneh selama 2 jam.

INTI KEJU:

  1. Dalam mangkuk bersih, pukul kuning telur.
  2. Masukkan ketiga-tiga jenis keju bersama bahan perasa garam, serbuk lada hitam, serbuk cabai dan daun parsli siap dicincang. 
  3. Gaul mesra sehingga semua keju hancur dan memekat sedikit menjadi seperti pes.
  4. Pastikan anda menggunakan keju asli supaya rasanya lebih berkrim dan enak!

PASTA LASAGNA

 

  1. Jerang air untuk merebus kepingan pasta lasagna sehingga lembut.
  2. Anda juga boleh mendapatkan kepingan pasta lasagna segera seperti di dalam gambar di atas.
  3. Pastikan ia tidak terlalu lembik kerana dikhuatiri pecah apabila disusun dalam kaserol nanti.

CARA MENYUSUN:-

  1. Sediakan bekas kaserol anda.
  2. Tutup bahagian dasar kaserol dengan kepingan pasta lasagna yang telah siap direbus.
  3. Tuang campuran keju di atas pasta.
  4. Seterusnya, lapisakan pula dengan sos daging dengan rapi. ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
  5. Sekali lagi, lapiskan lapisan sos daging dengan pasta diikuti campuran keju serta sos daging sehingga pasta lasagna habis disusun sebelum bahagian paling atas diakhiri dengan sos daging.
  6. Serlahlah rupa lasagna anda dengan taburan keju mozzarella dan parmesan yang akan membuatkan lasagna anda lebih mewah dan sedap! Jangan lupa taburkan sedikit hirisan daun parsli sebagai penyeri dan aroma.
  7. Tutupkan bekas kaserol dengan kertas aluminium sebelum dibakar pada suhu lebih kurang 200 ºC selama 30 minit.
  8. Setelah 30 minit berlalu, alihkan kertas aluminium dari kaserol dan bakar lagi selama 30 – 35 minit.
  9. Jika ia telah bertukar warna lebih gelap keemasan dan menggelegak sedikit.
  10. Siap untuk dinimati panas-panas. Yum!

SPAGHETTI AGLIO E OLIO

Aglio E Olio adalah bahasa Perancis yang bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak.

Bahan:

  • 1 paket pasta spaghetti (saiz normal)
  • 10 butir bawang putih (dicincang)
  • Emping cili (kisar cili kering)
  • 10 butir udang segar (belah tanpa putus untuk buang kekotor hitam)
  • Minyak zaitun
  • Garam sebagai perasa
  • Baby tomato segar (dibelah dua setiap satu)
  • Daun parsli dihiris
  • Keju parmesan parut

Cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga teksturnya anjal.
  2. Panaskan minyak zaitun secukupnya di dalam kuali. Agak-agak supaya tidak terlalu banyak dikhuatiri hidangan anda terlalu berminyak nanti.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan udang yang telah siap dibersihkan dengan sedikit garam sebagai perasa. Masak sehingga udang sedikit garing.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti sedikit demi sedikit diselangi tomato kecil yang telah dibelah dua.
  6. Masak sehingga semuanya sebati. Jika tawar, boleh tambah garam.
  7. Angkat dan alihkan dari api.
  8. Jangan lupa taburkan emping cili, keju parmesan parut dengan hirisan daun parsli di atas hidangan perseorangan sebelum menjamu tetamu anda! Oh, boleh perah sedikit jus lemon sebagai penambah perisa.

 

 

BAWAL SWEET SOUR

Bahan-bahan :

1 ekor bawal
2 biji bawang besar [1 dikisar, 1 di potong bulat]
3 ulas bawang putih [dikisar]
5 cm halia [dikisar]
1 biji cili merah [dikisar]
1 biji tomato [dipotong dadu]
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Daun sup
Garam
Minyak

Cara-cara :

1. Goreng bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.
3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam, tutup api masukkan sedikit daun sup.
5. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

 

KATSU CHEESY CURRY DON

Ingredients
-2 Cups of Sumo Rice
-2 Pcs Cheese
-2 Pcs Chicken Breast
-1 Egg
-Bread Crumbs
-Flour
-Salt
-Pepper
-Oil
-4 Cloves garlic (Chopped)
-2 Pcs Onions (Diced)
-2 Piece Carrot (Cubes)
-2 Piece Potato (Diced Medium Size)
-3 Cups of water
-2 Pcs Japanese Curry Paste

Instructions:
Japanese Curry Sauce
1. Pour some oil into a pot and heat it. Then put the garlic, onions, carrot and potato in and fry for a while.
2. Add in the water and Japanese Curry Paste and bring it to a boil.

Chicken Katsu
1. Fill the cooking oil into the pan until half and heat it up.
2. Remove the skin and fats from the chicken breast.
3. Mix the flour with 1/2 a teaspoon of Salt and Pepper
4. Dip the chicken breast into the flour, egg and bread crumbs.
5. Then put the chicken breast into the hot oil and cook it until golden brown.
6. Put the cheese on top of the Chicken Katsu, pour the hot Japanese Curry on the top and serve with Sumo Rice.

 

NASI HALIA SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmathi| rendam sejam dan toskan
  • 3 cawan air
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 6 batang serai  |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
  • 4cm halia muda | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |kisar halus
  • 4 ulas bawang putih |kisar halus
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
  3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Masukkan beras dan air.
  5. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
  6. Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.

 

KYURI RAITA

Bahan bahan

1 kyuri (timun jepun)
1/4 cwn yogurt asli
1/4 cwn greek yogurt
1/2-1 ulas bawang putih (guna 1/2 sahaja kalau ulas nya besar)
Garam

Cara-cara:
1. Potong timun jepun memanjang. Buang biji di tengah menggunakan sudu atau pisau.
2. Hiris halus timun dan masukkan dalam bekas. Gaulkan timun bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit.
3. Perah air keluar dari timun perlahan-lahan.
4. Bilas beberapa kali, sejat airnya dan masukkan dalam mangkuk.
5. Cincang/tumbuk halus bawang putih bersama sedikit garam.
6. Masukkan yogurt asli, greek yogurt, garam dan bwg putih tadi ke dalam mangkuk berisi timun. Gaul sekata. Tambahkan garam jika perlu.

Sedia dimakan bersama nasi dan kari jepang. (Nak ratah pun boleh.. yummyyy)

 

TERIYAKI MEATBALLS BOWL

Ingredients:
A. RICE BOWLS
2 1/2 cups Sumo Rice 
3 3/4 cups water 
2 whole green onions

  1. MEATBALLS
    1 lb. ground beef
    1 large egg 
    1/2 cup plain breadcrumbs 
    1 clove garlic, minced 
    2 inches fresh ginger 
    1/2 tsp soy sauce 
    2 whole green onions 
    10-15 cranks freshly cracked black pepper
  2. TERIYAKI GLAZE
    1/2 cup soy sauce 
    1/2 cup brown sugar 
    1/2 cup water 
    1/2 Tbs. toasted sesame oil 
    1 Tbs. rice vinegar
    2 inches fresh ginger 
    2 Tbs. corn starch 
    1 Tbs. sesame seeds

INSTRUCTIONS 
1.Preheat the oven to 400 degrees. Place the ground beef in a large bowl. Peel the ginger and then grate it using a small holed cheese grater into the bowl. Mince the garlic, slice the green onions, and add them to the bowl. Also add the egg, breadcrumbs, soy sauce, and black pepper. 
2. Cover a baking sheet with foil. Roll the meatball mixture into small balls, about one tablespoon each. You should yield about 30 meatballs. Place the meatballs on the baking sheet as you roll them. Bake in the preheated oven until golden brown (about 35-40 minutes).
3. While the meatballs are in the oven, begin cooking the rice according to the package directions: Place the rice and water in a medium pot, cover, and bring to a rapid boil over high heat. As soon as it reaches a full boil, turn the heat down to the lowest setting. Allow to simmer on low for 20 minutes, then turn the heat off and let the rice rest, undisturbed, until the rest of the meal is complete. The rice will continue to steam even after the heat is turned off, so don’t remove the lid.
4. While the meatballs are in the oven, also prepare the teriyaki glaze. In a medium pot combine the soy sauce, water, brown sugar, rice vinegar, and sesame oil. Peel and grate the ginger into the pot. Heat over a low flame until the brown sugar is dissolved (just a few minutes).
5. Dissolve the cornstarch in just enough water to make it pourable. Pour it into the pot with the glaze ingredients. Turn the heat up to medium high, stir and cook until thickened. It should thicken as soon as it begins to simmer. Once thickened, add the sesame seeds.
6. When the meatballs come out of the oven, transfer them from the baking sheet into the pot with the glaze. Stir to coat. Fluff the rice with a fork. Build the bowls by placing one cup of rice in a bowl, add five meatballs and a couple of spoons of extra teriyaki glaze, then sprinkle a few sliced green onions over top.

 

ONIGIRAZU (SANDWIC NASI)

Bahan-bahan:
Nasi
Telur dadar
Kepingan ayam yang sudah dimasak
Salad
Sos teriyaki
Pembalut plastik/clingwrap
Kepingan nori (seaweed)

Cara cara

  1. Sendukkan nasi ke atas kepingan nori.
    2. Susun salad, telur dadar dan ayam ke atas nasi.
    3. Letak sedikit sos teriyaki ke atas ayam.
    4. Senduk lagi nasi ke atas bahan-bahan tadi.
    5. Bungkus bahan-bahan bersama nori dengan bantuan pembalut plastik. 
    6. Tunggu 5 minit.
    7. Buka balutan plastik dan belah dua onigirazu tersebut. Sedia dimakan atau di masukkan ke dalam bekal.

Selamat mencuba!