Petua Lengkap semulajadi

Buah timun sebagai pencuci muka

Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

RESEPI MANGGA PULUT

Ingredients

  • 2 cawan beras pulut-rendam 3 jam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • mangga yg masak ranum secukupnya

Directions

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak,
  2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam.
  3. Letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.

UNTUK KUAHNYA:

  1. baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
  2. Advertisement
  3. Bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Bila agak pekat tutup api.
  5. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan,
  6. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
  7. Selamat mencuba.

 

EGG CHEESE PIE

Bahan-bahan diperlukan:

  • <b>Bahan A</b>
  • 1 tangkai leek
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 biji bawang merah kecil
  • olive oil
  • <b>Bahan B</b>
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar cream
  • 1 cawan susu segar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • *mozarella cheese

Cara menyediakan dan memasak:

  1. <B>Bahan A</B>; Panaskan sedikit olive oil, gorengkan bawang, leek dan daun bawang. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Goreng sehingga kekuningan angkat.
  2. <B>Bahan B </B>;Masukkan semua bahan B dan kacau sehingga rata. Masukkan mozarella cheese ke dalam plain pie tadi, bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masukkan mozarella cheese ke atasnya. Bakar sehingga masak kekuningan.
  3. note; guna plain crunches pie

KUIH KASTURI , KUIH KACANG HIJAU , KUIH RENGAS

BAHAN INTI KACANG HIJAU :

  • 250 gm kacang hijau – rendam
  • 1 keping gula Melaka
  • 3 sudu besar kelapa parut.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Sedikit garam

BAHAN BAHAN UNTUK DOH :

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning telur

Directions

CARA MEMBUAT INTI :

  1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur.
  2. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  3. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
  4. Angkat dan sejukkan.
  5. Bila sudah sejuk, bentukkan inti bulat bulat.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula.
  2. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati.
  3. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar benar panas, celupkan dan ratakan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga garing keemasan.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

Petua Lengkap semulajadi

Buah sengkuang untuk lembabkan dan cerahkan wajah

masalah kulit wajah keing dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sebgkuang. Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), Sengkuang juga dapat menegang kulit agar kelihatan awet muda.

BAKED SPANISH OMELETTE

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Naikkan suhu oven 180’C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
  6. Bakar selama 45 minit, 180’C atau hingga masak.

KUIH KAYU KHAMAT TERENGGANU

Ingredients

  • 5 cawan tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • secubit soda bikarbonat
  • 1 1/2 gelas air suam
  • 1 gelas gula
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng

Directions

  1. Kacau gula dalam air suam
  2. Masukkan yis dan gaul sebati.
  3. Tambah telur dan sebatikan.
  4. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati
  5. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda
  6. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana

Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan

HASH BROWN

Ingredients

  • *3 biji kentang – dikopek kulit dan diparut (gunakan pemarut cheese atau sagat dengan halus)
  • *1/2 biji bawang besar – diparut
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (gunakan lada hitam biji dan dikisar, rasanya akan lebih enak)
  • Garam secukup rasa
  • Butter untuk menggoreng

Directions

  1. Ambil bahan * dan direndam kedalam air sejuk dan disimpan kedalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit.
  2. Setelah itu keluarkan dan ditoskan air rendaman, lebih baik diperah dengan menggunakan kedua belah tangan (genggam untuk mengeluarkan air lebihan yg terkandung didalam kentang tadi.
  3. Boleh bentukkan mengikut kesukaan masing-masing.
  4. Masukkan kedalam loyang dan tekankan hingga padat dan ditekap dengan menggunakan acuan bulat (acuan telur benjo).
  5. Angkat dan masakkan ke atas kuali/ flat pan (non-stick lebih baik) dengan sedikit butter dan api yang kecil.
  6. Biarkan masak kedua belah sehingga keperang-perangan dan diterbalikkan.
  7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama sos kegeramaran.

 

SAMBAL UDANG KERING NYONYA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 15 tangkai lada kering di blend separa halus.. tp jgn terlalu halus..
  • 1 labu bawang merah &amp; 2 ulas bawang putih .. di blend sekali
  • 50gm udang kering halus…. basuh pastikan selepas itu di keringkan.. jangan direndam..
  • minyak secukupnya utk bahan nih tengelam..
  • garam n ajinomoto secukup rasa..

Cara menyediakan dan memasak:

  1. panaskan kuali dan goreng lada kering dengan api yg kecil..
  2. masukkan udang kering, garam n perasa.. biar smpi udang kering tu sedikit garing..
  3. masukkan bawang merah n putih tadi.. jaga api… jgn smpi hangit plak… pastikan lada kering tidak hangit…

sedia utk dimakan bersama bubur nasi.

Petua cantik

Tumit kaki licin

  • Masukkan beberapa keping asam gelugor kedalam besin berisi air suam dan rendamkan kaki kamu selama 20 minit.

  • Jika terjumpa rumput yang masih berembun pada awal pagi, ambil peluang itu dengan menggosokkan tumit kaki keatasnya.

  • Ambil getah betik muda dan gosokkannya pada tumit kaki. Biarkan selama 10 minit sebelum tumit kaki dicuci bersih.