ROTI JOHAN

Bahan-bahannya:
Telur
Serbuk perasa
Lada putih
Daun sup
Bawang putih goreng
Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
Kobis yang diracik halus
Cara-cara membuatnya:
- 5 biji telur atau lebih dikocak rata.
- Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger.
- Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. Selepas itu, tempelkan pada roti.
- Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.
