Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Klik sini untuk beli Halba kat Shopee : https://shope.ee/qBBty57vU

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Klik sini untuk beli Asam Jawa kat Shopee : https://shope.ee/8Uad2BPhez

 

SIGEUMCHI NAMUL (KOREAN SPINACH SIDE DISH)

Ingredients 200g Spinach – to use leaves and stem, remove the roots and wash 2-3 times 2 cloves Garlic – minced finely 1 Green Onion – sliced thinly 1.5 tablespoon of Soy Sauce (or Tamari for gluten free option) ½ tablespoon Sesame Oil ½ tablespoon Sesame Seeds -...

Menjaga kebersihan

Membersihkan dapur memasak dengan segera selepas menggunakannya supaya memudahkan kerja-kerja pembersihan berbanding dibiarkan beberapa ketika. Lantai hendaklah selalu disapu dan di mop menggunakan sabun atau bahan kimia yang sesuai. Dinding sentiasa dilap dan...

Kegunaan Kunyit Putih

Kegunaan Kunyit Putih Kunyit mengandungi zat yang sangat berkhasiat antaranya kurkumin, minyak asitri, lemak, protein, karbohidrat, Vitamin C dan zat besi. Secara umumnya, kunyit digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan luka. Ia bermanfaat sebagai...

Cara untuk menghilangkan hanyir ikan pada tangan

  Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan. Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkan pada tangan. Kemudian dibilas. Selain itu air asam jawa boleh digunakan juga.

Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

Kebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit. Tapi bahan ini sebenarnya boleh memburukkan keradangan dan meningkatkan pengeluaran sebum. Produk yang mengandungi alkohol juga bertindak dengan cara yang sama, jadi anda tidak akan...

MEYER LEMON POPPY SEED LOAF

INGREDIENTS: 1 1/2 Cups All-purpose Flour 2 Teaspoons Baking Powder 1/2 Teaspoon Salt 1 1/2 Cup Sugar 1 Cup Greek Yogurt 1/2 Cup Olive Oil 1/2 Teaspoon Fiori di Sicilia (See Notes Above) 3 Large Eggs At Room Temperature 1 Large Myer Lemon, Zested And Juiced 2...

ITALIAN OMELET RECIPE

WHAT YOU'LL NEED 1 cup tomatoes (sun-dried, cut into strips)   1 cup mozzarella cheese (shredded)   1/4 cup basil (fresh, shredded)   1 tablespoon plus 1 teaspoon Parmesan cheese (finely grated)   12 eggs   1/2 cup milk   1/4 cup butter   Salt to taste   Pepper to...

ITALIAN PIGNOLI COOKIES (COOKIE MIX)

INGREDIENTS 1 (17 1/2 ounce) packagebetty crocker sugar cookie mix 1⁄2 cup granulated sugar 1⁄2 cup butter or 1⁄2 cup margarine, softened 1 (7 -8 ounce) package almond paste (not marzipan) 1 egg 2 cups pine nuts (8 oz) 1 tablespoon powdered sugar DIRECTIONS Heat oven...

RICH ITALIAN COOKIES

INGREDIENTS 3 eggs 3⁄4 cup butter, melted and cooled 2 1⁄2-3 cups flour 1 cup sugar 1 teaspoon baking powder 1 1⁄2 teaspoons vanilla DIRECTIONS Preheat oven to 350 degrees F. In medium bowl, whisk eggs with melted butter until well blended. In large bowl stir together...

ZESTY ITALIAN CRESCENT CASSEROLE

INGREDIENTS 1 lb ground beef 1⁄4 cup onion, chopped 1 cup spaghetti sauce 1 1⁄2 cups mozzarella cheese, shredded 1⁄2 cup sour cream 1 (8 ounce) can crescent rolls 1⁄3 cup parmesan cheese, grated 2 tablespoons butter DIRECTIONS Heat oven to 375 degrees Fahrenheit. In...

Lembutkan Mentega

Mentega merupakan salah satu bahan makanan atau masakan yang boleh digunakan untuk memasak pelbagai masakan. Ianya kaya dengan  vitamin larut lemak seperti vitamin A, vitamin E dan vitamin K2. Vitamin K2 boleh mencegah penyakit yang serius seperti penyakit...

TIPS MENGHILANGKAN RASA PEDAS

  Ramai orang suka makanan pedas, tetapi rasa pedas boleh berlebihan dan menyebabkan sensasi terbakar di dalam mulut. Pembakaran ini sebenarnya disebabkan oleh sebatian yang dipanggil capsaicinoid. Kemudian, bagaimana untuk menghentikannya? Cuba penggunaan...

Petua Menjaga Kulit Wajah

Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijaki) Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.ii) Otak menjadi bijak: masukkan secubit garam dalam 1 gelas air dan minum...

Memasak Ketupat

Semasa merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat pada penutup periuk berkenaan. Ini untuk mengelakkan ketupat daripada terapung di permukaan. Perhatikan selalu air rebusan ketupat, tambahkan jika air mulai berkurangan. Tambahkan dengan air panas. Tukarkan...

Santan Tak Pecah Minyak

Santan merupakan bahan utama yang digunakan dalam masakan terutamanya masakan melayu. Ianya dihasilkan daripada cecair yang terhasil dari parutan isi buah kelapa (bukan air kelapa). Rasa lemak dan warna santan datangnya dari kandungan minyaknya yang...

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam

  • Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Tempurung kelapa
  • Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

  • Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
  • Air Kelapa Muda
  • Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

  • Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

  • Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG

  1. i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

 

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi memastikan telur ikan yang dimasak tidak hancur adalah:

 

  1. Semasa membersihkan telur ikan, elakkan membuang uratnya kerana ia akan menjadikan telur ikan mudah hancur semasa dimasak.
  2. Jangan potong telur ikan semasa masih mentah. Sebaiknya, rebus seketika dan barulah dimasak mengikut citarasa anda.
  3. Untuk menyediakan hidangan telur ikan goreng, masukkan telur ke dalam plastik dan celupkan di dalam air panas selama 5 minit. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
  4. Bersihkan telur ikan dan rendam di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.

Daun nangka

Daun nangka juga adalah bahan yang boleh digunakan untuk melembutkan daging. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Masukkan daun nangka kedalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

7 TIPS MASAK NASI GORENG YANG LEBIH ‘POWER’ DI RUMAH

  • GUNA NASI SEJUK / KERING
  • TUMIS DENGAN API BESAR – Seterusnya, kena pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak. Seeloknya tumis perencah seperti bawang, bilis, dan cili menggunakan api besar. Tunggu hingga garing, tapi awas, jangan pula sampai hangus ya!
  • RENJISKAN MINYAK BIJAN – Selain untuk menambahkan aroma, ibu-ibu percaya minyak bijan ini boleh mengelakkan nasi daripada menjadi keras.
  • CARA MASUKKAN TELUR

Daging yang berubah warna

Anda masih boleh memproses daging ini walaupun ia berubah warna. Daging sebenarnya masih baik untuk dimakan selagi anda menyimpannya di dalam peti sejuk, selagi ia tidak berbau busuk atau berlendir.

Tips dekorasi dapur sempit

Keluasan Dapur

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik.

 

Peralatan Di Dapur

Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan peti sejuk. Tambahan, kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak. Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur tidak berlebihan.

 

Pemilihan Warna & Material

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur. Pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian. Warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda

 

Pencahayaan & Pengudaraan

Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangi tempat kerja anda. Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar

 

Perhiasan Di Dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda. Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan.

 

Keselamatan Dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

Ais krim yang super lembut

Ini pisang yang terlalu matang boleh digunakan untuk membuat ais krim lebih lembut. Jika anda adalah salah satu hobi yang benar-benar membuat ais krim anda mesti mencuba helah ini. Hanya tambah pisang yang telah dihancurkan ke dalam campuran ais krim ini. Campurkan bersama dan anda akan terkejut dengan tekstur ais krim super lembut ini.