ACAR BUAH-BUAHAN KERING

bahan

1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk cili

Goreng tanpa minyak sehingga garing.

10 ulas bawang putih
20 ulas bwang merah
2 inci halia
10 biji kurma

Giling halus (err…resipi tok ni, tak habis-habis dengan giling.  Kira kisar dengan blender jer la zaman sekarang ni kot), dan gaul dengan rempah yang digoreng di atas.

Gaulkan dengan 3/4 cawan cuka.
1 1/2 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa.
Buah-buahan kering secukupnya.  Sekarang kan banyak pilihan buah-buahan kering ni.
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1′ halia

ARAHAN

  1. Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak.  Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan bancuhan rempah-rempah dan cuka tadi.
  4. Bila garing, masukkan 2-3 cawan air, garam dan gula.
  5. Kacau sebati dan masukkan buah-buahan kering tadi.
  6. Gaul rata, reneh sehingga kuah pekat.
  7. Angkat dan sejukkan.

ODENG SIMPLE.

Bahan-bahan

  1. Macam2 Fishcake
  2. Jamur enoki(optional)
  3. Bahan kuah :
  4. 1 liter air(secukupnya)
  5. 1 SDM bumbu putih(liat di resep bumbu putih)
  6. 1 1/2 sdt kaldu jamur
  7. 1/2 sdt lada putih
  8. Secukupnya garam
  9. 1 SDM sauce tiram
  10. Ceker ayam/daging ayam/kaldu ayam(saya gak pakai)

Langkah

  1. Rebus ceker ayam/daging ayam hingga keluar kaldunya(kalau saya gak ada bahannya jadi saya skip),setelah kaldu keluar masukan semua bumbu kuah aduk rata test rasa,setelah itu masukan fish cake dan jamur enoki,tidak perlu lama2,yg penting jamur sudah terlihat layu dan fishcake ready to eat dah gak dingin dan beku,boleh langsung hidangkan,boleh tambahkan daunbawang,sauce atau sesuai selera anda

 

 

ANINDITA DJOKORAYONO

Bahan-bahan

  1. 500 gr Labu Kuning
  2. 250 gr tepung beras ketan
  3. 1 genggam kacang tanah kupas kulit, sangrai
  4. 1 bh gula aren uk besar
  5. 1 sdm gula pasir
  6. 150 ml air
  7. Sedikit air hangat
  8. Sedikit garam
  9. 1 ruas jahe 2cm

Langkah

  1. Kupas kulit Labu, lalu kukus hingga lunak, lembutkan dgn garpu
  2. Campur tepung beras ketan dengan sejumput garam dan sedikit air, lalu adon hingga kalis, bentuk bola2 kecil
  3. Ulek kacang tanah yg sudah di sangrai dengan sedikit gula pasir, lalu isikan ke dalam bola ketan
  4. Didihkan air, lalu masukkan bola2 ketan tsb, tunggu hingga bola2 mengapung, lalu angkat, tiriskan
  5. Dalam panci, masukkan jahe, gula aren, gula pasir, air 150 ml, Labu kuning, dan bola2 ketan, masak hingga air mendidih, cek rasa, bubur siap dihidangkan

 

AYAM KURMA MERAH

bahan

1 ekor ayam
santan daripada sebiji kelapa 
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia dihiris panjang
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah

CARA-CARA

 -Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Bila berbau wangi, masukkan cili. Goreng sehingga masak.
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan perahan lemon, cili dan tomato.
-Siap.  Bundo makan dengan nasi briyani.

 

SUP TAHU KUAH PEDAS (SUNDUBU JJIGAE)

Bahan-bahan

  1. 5 buah tahu putih (kukus terlebih dahulu lalu potong kotak2)
  2. 3 buah Sosis sapi (iris oval)
  3. 10 buah bakso sapi (iris tipis)
  4. Sawi putih (iris)
  5. 1 Bawang bombay (iris memanjang)
  6. Bawang prei (iris tipis-tipis)
  7. Bumbu halus:
  8. 3 siung bawang putih
  9. 4 bawang merah
  10. sesuai selera Cabai rawit
  11. sesuai selera Cabai merah
  12. Bumbu lainnya:
  13. secukupnya Garam
  14. secukupnya Gula
  15. secukupnya Penyedap rasa
  16. secukupnya Bumbu bubuk cabai

Langkah

  1. Tumis bumbu halus dengan sedikit minyak. Lalu masukkan sawi putih yang sudah diiris ke dalam tumisan. Jika sudah layu, beri air secukupnya atau sesuai selera.
  2. Masukkan tahu, sosis dan bakso ke dalam kuah tadi.
  3. Masukkan lagi bawang bombay, dan bawamg prei ke dalam rebusan tadi, tunggu hingga layu.
  4. Lalu tambahkan garam, gula dan penyedap rasa secukupnya. Bisa juga ditambahkan bumbu bubuk cabai. Tes rasa.
  5. Jika sudah matang, siap dihidangkan.

 

KARI IKAN SARDIN SPECIAL

Bahan-Bahan:
1 tin besar sardin cap King Cup
7 sudu makan serbuk kari ikan
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
sedikit serbuk cili
air 2 biji ubi kentang dipotong petak
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit perasa
sedikit asam jawa
santan
daun kari

Cara:
1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan daun kari hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air.Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau.
3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.
5.Biarkan kuah kari ini mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama-sama nasi panas, berulamkan timun dan sambal belacan.

 

 

 

MASAK LEMAK KETAM NENAS

Bahan-bahannya:

2 kilo ketam
1 biji nenas
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4-5 sudu besar rempah masak lemak (atau guna aja rempah kari ADABI utk ketam)
180gram santan
Bahan tumis – kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan daun kari.

cara membuatnya

  1. Panaskan minyak.  Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.  Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan separuh daripada nenas.  Tumiskan.
  2. Kemudian, masukkan rempah dan biar sehingga rempah garing.
  3. Then masukkan santan. Kalau suka kuah, tambah sedikit air. 
  4. Bila dan mendidih, masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak.
  5. Lepas tu masukkan nenas yang selebihnya.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.

 

Kacang Bendi

Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Mencuci hati.

Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang berpuas hati. in sya allah

 

Ayam Gulai Padang

Bahan

2 ekor ayam
1 liter santan
400 gm cili giling
500gm bawang merah
100gm bawang putih
100gm kunyit hidup
50gm halia
8 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3 batang serai
100gm gula melaka
Garam secukup rasa

ARAHAN

  1. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia dikisar.
  2. Tumis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili giiling, gula melaka dan serai.
  4. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam.
  5. Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Renih sehingga mendidih.

 

TALAM SUJI

Bahan-bahan diperlukan:

  • BAHAN LAPIS BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  •  
  • BAHAN LAPIS ATAS
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan gula merah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.