BERIANI MASALA KAMBING

Bahan :

500gm kambing, dipotong kiub
1 paket Perencah Masak Merah SERI-AJI®
60ml minyak

1 sudu teh halia tumbuk
1 sudu teh bawang putih tumbuk
1 biji tomato, dibuang kulit, dicincang
2 sudu besar rempah kari
400-450 ml air
1½ sudu besar stok ayam
Sedikit garam
Air (ikut sukatan diberi di bawah)
500gm beras Basmathi, direndam 20 minit
1 sudu besar puri tomato

Bahan A
1 labu bawang besar, didadu
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara membuat

  1. Perap kambing dengan Perencah Masak Merah SERI-AJI® selama 30 minit.
    2. Panaskan minyak, tumis A hingga wangi. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau 1 minit.
    3. Bubuh pula campuran kambing. Masak hingga berubah warna.
    4. Bubuh tomato, rempah kari dan air.
    5. Bila mendidih, perlahankan api dan tutup periuk.
    6. Biar hingga kambing empuk kemudian masukkan stok ayam dan garam.
    7. Padamkan api, keluarkan kuah ke dalam bekas penyukat. Tambah air menjadi 900 ml.
    8. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras dan puri tomato.
    9. Masak hingga air kering, letak kambing tadi di atasnya dan tanak seperti biasa.

 

Ara Tanah

Ara Tanah

Nama saitifinnya Euphorbia hirta. Nama tempatan lain rumput dari keluarga EUPHORBIACEAE ini ialah Rumput Susu Kambing, Gelang Susu, Patikan Kebo, Keremak Susu, Asthma weed (English), Hairy Spurge, Cats hair, Fei-yang ts’ao. Nama saintifiknya ialah Euphorbia hirta. Tapi ada juga yang mengatakan namanya Euphorbia capitata Wall. Rumput ini sangat mudah dikenali berdasarkan daunnya yang berpasang-pasang dan mengeluarkan getah berwarna putih yang BERACUN seperti dalam gambar.

Rumput ini sangat popular sebagai ubat tradisional bagi merawat pesakit asma/ lelah, masalah paru-paru. Ia kaya dengan berbagai kandungan kimia yang seperti myricyl alkohol, taraxerol, friedlin, beta amyrin, euforbol, triterperoid,eufol, tirukalol, eufosterol dan lain-lain.  Tumbuhan ini dalam farmakologi Cina dikatakan mempunyai rasa agak pahit dan masam dan sedikit sejuk (bertoksin). Ia bersifat anti-inflamasi, diuretik (peluruh kencing) dan anti-piretik. Kesan perubatannya boleh didapati dengan penggunaan seluruh tanaman, segar atau dikeringkan. Penggunaan herba memerlukan pengawasan dan nasihat daripada pengamal herba yang telah biasa menggunakan dengan tumbuhan ini. Kesan sampingan atau keracunan dari herba ini mengakibatkan cirit-birit. Oleh itu, sekiranya mengalami gejala ini selepas pengambilan atau untuk mengelakkan kesan sampingan, biasanya herba ini akan diolah bersama dengan kayu manis/ Liquorice (Glycyrrizha uralensis) dan Lonicera macrantha DC. Selain dari asma, herba ini turut digunakan untuk merawat radang kelenjar susu/ payudara bengkak, ekzema (Tinea pedis), melancarkan kencing, radang ginjal, buasir. Dos yang betul adalah penting dalam pengamalan ubatan herba.

PAJERI JANTUNG PISANG

Bahan:

2-3 sudu besar serbuk kari daging
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering/udang segar
sedikit halia
Rempah tumis – bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga
3-5 biji cili api
120gram santan
1 biji jantung pisang – dibelah dua dan direbus
sedikit asam gelugor kering

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak.  Tumis dengan rempah tumis dan bawang, halia serta cili api.
  2. Setelah bawang garing, masukkan rempah kari.  Biarkan sehingga rempah masak atau pecah minyak.
  3. Masukkan udang/udang kering dan sedikit air.
  4. Masukkan santan, asam gelugor dan perisakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan jantung pisang.  Masak sehingga jantung pisang empuk.

 

AYAM PANGGANG

Bahan

1 ekor ayam
1 camb herba kering campuran Italy (jika suka)
40 g mentega

2 labu bawang putih, dihiris atasnya
2 camb minyak zaitun
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan sos
2 camb sos Blackpepper }
2 camb sos cili }
2 camb sos barbeku } campuran sos (belum masak)
2 camt kicap manis }
Serbuk lada hitam secukupnya }
150 ml air }
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
50 ml susu segar
200 ml air
Sayuran campur
1 camb minyak
1 batang lobak merah
80 g cendawan tiram
100 g pis 
1 camb sos tiram
Sedikit air

Salad kentang
1 biji telur, direbus & dikupas
2 camb mayonis
3 camb sos Thousand Island 
3 biji ubi kentang, direbus & potong 
1 batang salderi, dicincang halus
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya
1. Lumur ayam dengan herba campuran, serbuk lada hitam dan garam.
2. Letak di atas tin pembakar yang dialas dengan foil. Sapukan mentega di seluruh ayam.
3. Bubuh bawang putih di sisi ayam, titiskan minyak zaitun pada bahagian atas.
4. Bakar di dalam ketuhar 200 C selama 1 hingga 1¼ jam atau hingga masak. 
5. Hendaklah menjirus ayam dengan jus (cecair) dan sedikit campuran sos (belum masak) setiap 10 minit.
6. Untuk sayuran campur: Panaskan minyak, goreng lobak merah hingga separuh empuk. Tambah sedikit air.
7. Masukkan cendawan, pis dan sos tiram. 
8. Kacau hingga pis empuk dan kuahnya agak kering kemudian angkat.
9. Untuk salad kentang: Lecek telur dengan mayonis dan sos Thousand Island.
10. Gaul dengan semua bahan lain. Ketepikan.
11. Untuk sos: Cairkan mentega atas api perlahan. Masukkan tepung dan kacau tanpa henti.
12. Bila mendidih, masukkan susu, air dan baki campuran sos tadi.
13. Kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan bersama ayam serta bahan-bahan sampingan yang lain.

 

 

Mata Pelanduk

NAMA LAIN
Mata Ayam

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

KEGUNAAN & CARANYA

  • Kulit batang pokok pelanduk boleh digunakan untuk mengubat kudis. Kulit kayu pada batang ditumbuk lumat dan campur dengan minyak kelapa dan belerang (sulfur) dalam nisbah yang sama.Campuran ini disapukan pada kudis.

  • Pucuk pokok mata pelanduk boleh digunakan untuk merawat demam panas. Segenggam pucuk diramas dalam air sehingga keluar lendir atau tumbuk akar hingga lumat dan campur air serta tapis. Air ini digunakan untuk membasuh kepala setiap hari

  • Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. 

  • Air rebusan akarnya diyakini baik untuk membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah, terseliuh, sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. 

  • Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. 

  • Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.

  • Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan.

  • Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi.

  • Bersifat DIURETIK (Memperbanyakkan Buang Air Kencing) untuk membersihkan penapis buah pinggang

  • Membersihkan salur kencing

 

KARI HIJAU SIAKAP

Bahan-bahan
80 ml minyak
5-6 keping ikan siakap (anggaran 900 gm)

700 ml santan (dari 1 biji kelapa)
jus 2 biji limau kasturi
2 sudu besar biji ketumbar } goreng tanpa minyak, tumbuk halus
2 sudu besar jintan manis }
1 sudu teh lada putih, ditumbuk 
2-3 keping daun limau purut
Garam, gula secukupnya

Bahan (kisar halus)
5 biji cili hijau
5-6 biji cili padi hijau
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit 
1 pokok (4 tangkai daun), batang & akar ketumbar
1 batang serai
2 helai daun limau purut

Cara membuat
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan kacau rata.
2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan lada putih. 
3. Bila wangi, masukkan daun limau purut dan santan. Kacau hingga mendidih. 
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Kacau sekali-sekala. 
5. Bila kuah mendidih, perlahankan api dan kacau lagi hingga ikan masak.
6. Sebaik saja ikan masak, masukkan pula jus limau dan angkat..

BEEF BULGOGI

Bahan-bahan

  1. 250 gr daging sapi iris tipis (sy 200 gr)
  2. 1 sdt kecap manis
  3. 1 sdt minyak wijen
  4. 1 sdt madu
  5. 1/2 butir bawang bombay, iris
  6. 2 siung bawang putih iris halus (sy dihaluskan)
  7. 1,5 sdt wijen sangrai
  8. 1/2 cm jahe, haluskan
  9. 2 batang daun bawang iris
  10. Secukupnya garam, merica hitam, dan gula
  11. Secukupnya margarin untuk menumis

Langkah

  1. Siapkan daging sapi, iris iris tipis
  2. Dalam wadah terpisah masukkan daging sapi, bawang bombay, separuh wijen sangrai, separuh daun bawang, jahe, bawang putih, kecap manis, minyak wijen, madu, merica, garam dan gula Aduk rata.
  3. Tutup wadah dengan plastik wrap (saya pakai wadah kedap udara) Marinasi daging di kulkas minimal 30 menit. (Sy hampir 4 jam 😊)
  4. Jika akan dimasak. Masukkan margarin, tumis daging sampai matang. Menjelang matang tambahkan daun bawang. Angkat dan sajikan.
  5. Taburi sisa wijen diatas daging.

 

Rumput Lidah Ular

Sifat Kimiawi dan Efel Farmatologi :

  •   Rumput Mutiara berasa manis, sedikit pahit, lembut, netral, agak dingin.
  •   Rumput Mutiara berkhasiat : Menghilangkan panas, anti-radang, diuretik, menyembuhkan bisul ( anti carbuncular) , menghilangkan panas dan toxin, mengaktifkan circulasi darah

Khasiat Rumput Lidah Ular / Rumput Mutiara:

  • Tonsilitis, pharyngitis, bronchitis, pneumonia, gondongan ( Mumps) .
  • Radang usus buntu ( Acute appendicitis) .
  • Hepatitis, cholecystitis.
  • Penyakit radang panggul ( Pelvic inflammatory disease) , infeksi saluran kemih.
  • Bisul ( carbuncle) , borok,
  • Kanker: Lymphosarcoma, Ca lambung, Ca cervix, kanker payudara,
    rectum, fibrosarcoma, dan Ca nasopharynx.  

Cara Pemakaian :

Seluruh bagian dari tanaman rumput lidah ular / rumput mutiara, bisa secara segar ataupun dikeringkan dan dibuat kapsul

Caranya : Ambil Rumput Mutiara sebanyak 15 – 60 gr, rebus, diminum


RENDANG AYAM OPAH

Ingredients

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Directions

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  3. Masukkan kerisik kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam gula.
  5. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang

 

NASI MENTEGA CRANBERRY

Ingredients

  • 4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu sejat IDEAL
  • 1 kiub pati ayam Maggi (optional)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan cranberry kering
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang serai (di titik)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN:

  • Daun bawang & daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya

Directions

  1. Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum.
  2. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit.
  3. Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api.
  4. Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata.
  5. Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak