KIMCHI SIMPLE

Bahan-bahan

8 wadah kecil

  1. 2 buah sawi putih
  2. 10 sdm garam
  3. 6 sdm gula
  4. 8 siung bawang putih
  5. 8 sdm bubuk cabe
  6. 4 tangkai bawang daun
  7. 2 buah wortel iris tipis memanjang
  8. 1 ruas jahe
  9. secukupnya Air

Langkah

  1. Cuci sawi setelah memotongnya menjadi kotak-kotak
  2. Buat larutan air dan garam lalu masukkan sawi. Rendam selama 2-3 jam hingga layu.
  3. Cuci sawi kembali.
  4. Haluskan bahan-bahan seperti bawang putih, gula, dan jahe. Tambahkan bubuk cabe.
  5. Lalu balurkan bumbu tersebut pada sawi satu-persatu bersamaan dengan wortel dan daun bawang yang telah dipotong.
  6. Catatan, daun bawang tidak perlu dipotong halus.
  7. Letakkan dalam wadah atau toples kaca dengan kerapatan yang bagus.
  8. Setelah itu, tutup dengan plastik dan karet terlebih dahulu sebanyak tiga kali untuk menjaga agar fermentasi kimchi sempurna.
  9. Ingat, jangan dibuka selama proses fermentasi jika tidak ingin kimchi gagal.
  10. Catatan : kimchi yang gagal akan berlendir.

Tapak Sulaiman

Famili : Melastomaceae
Nama saintifik : Phullagathis rotundifolia.
Nama tempatan : Tapak sulaiman
Kegunaan.
Ramuan tonik, sakit kelamin, batuk, busung, luka, cacing, ketahanan lepas bersalin, meroyan, sakit perut.
Kaedah.
Air rebusan semua bahgaian pokok terutama akarnya diminum . Rawatan bagi penyakit busung dan cacing dibuat dengan membalut campuran daun dan batangnya yang ditumbuk lumat bersama dengan kunyit dan beras pada bahagian perut sehingga sembuh. Pokok ini juga boleh dibuat tanaman lanskap.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan pinggir hutan dan di lereng-lereng bukit.
Ciri-ciri Istimewa.
Bahagiam atas daun berkilat dengan tangkainya berwarna merah.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih.

IKAN MASAK CUKA

Ingredients

  • Ikan tongkol/tenggiri – mengikut citarasa masing2
  • 7 ulas bawang putih-dikupas sahaja
  • 10 biji bawang merah kecik-dikupas sahaja
  • 1 susu kecil biji sawi
  • 2 inci halia -dihiris
  • Cili api secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Bahan perasa secukupnya
  • 5 sudu besar cuka
  • Timun secukupnya
  • Tomato secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air

Directions

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan macam biasa.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  5. Tumis bawang,halia,kunyit dan biji sawi smpai naik bau.
  6. Masukkan air dan cuka. Perasakan dengan bahan perasa.
  7. Seterusnya masukkan pula timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit, selepas itu masukkan tomato.
  8. Siap untuk dihidang.

 

Pokok Kluwak

Khasiat ubatan
Biji : Dihancurkan dan dibuat ubat pupuk pada bisul.
Daun segar : Direndam pada suhu bilik lalu air ini dijadikan ubat luaran untuk mencuci luka , kudis, menghalang dan membunuh jangkitan mikrob serta parasit. Daunnya dipetik pada waktu pagi semasa masih ada embun, disapu sedikit garam dan air limau nipis lalu ditampal pada kulit yang gatal kerana parasit. Daunnya ditumbuk lumat sebelum ditampal pada kulit yang gatal atau luka yang lambat sembuh.

Kegunaan
Ekstrak daun dan kulit pokoknya membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir.

Kegunaan lain
Biji (isi), Pokok (kulit) dan Daun : Dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk. Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya) untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna menyebabkan si pemakan cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan denganbaik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang.
Isi biji, kulit pokok atau daun yang telah dihancurkan digunakan untuk menuba ikan dan udang. Daunnya untuk membungkus daging supaya tidak cepat busuk. Daunnya yang tua dijadikan lauk (pahit) melalui kaedah yang tertentu untuk mengenyahkan racun. Daun muda pula dijadikan ramuan racun sumpit. Daun dan dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya dikeluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk

TELUR GULUNG ALA KOREA

Bahan-bahan

  1. 3 butir telur
  2. 1 buah wortel potong dadu kecil
  3. 2 buah sosis potong korek api
  4. 1/2 bawang bombai, potong kotak kecil
  5. 1 batang seledri iris tipis (resep asli tidak pakai)
  6. secukupnya keju parut (saya ga pake, kelupaan)
  7. secukupnya margarin
  8. secukupnya garam, lada halus

Langkah

  1. Kocok telur bumbui dengan garam, lada halus juga seledri.
  2. Panaskan teflon anti lengket dengan api kecil, beri sedikit margarin lalu ratakan.
  3. Tuang secukupnya adonan telur lalu taburi wortel diatasnya.
  4. Setelah bawahnya kuat, tidak usah tunggu sampai kering, atasnya masih basah, gulung pelan2 sisakan sedikit lalu tarik ke tepi, tuang lagi adonan telur secukupnya, lalu tata sosis diatasnya, tunggu sampai dasarnya kuat, lalu gulung kembali spt pertama.
  5. Lakukan spt itu terus, yg ketiga taburi dengan bawang bombai dan keju parut.
  6. Terakhir gulung semua, masak hingga seluruh sisinya matang sambil di padatkan, lakukan tes tusuk untuk mengetahui dalamnya sudah matang sempurna atau belum.
  7. Jika sudah matang, angkat lalu potong2 dan sajikan

 

NASI DAGING SEMPOI

Ingredients

  • 2 cawan beras basmathi @ beras taj mahal faiza
  • 1/2 kg daging lembu
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 – 6 sudu besar rempah kurma daging
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • air ( ikut sukatan beras yg digunakan)
  • bahan perasa
  • susu cair F&N
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • sedikit garam
  • 4-5 biji bawang merah

Directions

  1. Mula2 basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan bawang merah+ bawang putih+halia ( dihiris )+bunga lawang+kayu manis+bunga cengkih dan goreng sehingga garing.
  3. Bila bahan2 tumis tadi dah garing dan berwarna keemasan masukkan rempah kurma ( dibancuh dengan sedikit air ) dan biarkan rempah kurma tersebut garing dan naik bau.
  4. Bila dah naik bau ( jgn terlalu garing takut nanti pahit ) masukkan air (air nih mengikut sukatan jenis beras yang digunakan) dan boleh masukkan susu cair ( sukatan susu dan air cth: 2 cwn air yang diperlukan utk memasak beras taj mahal,msukkan 1/2 cwn susu cair dan 1 1/2 cwn lg air )
  5. Bila dah masukkan semua dalam periuk bolehlah dimasak seperti nasi biasa sehingga kering.
  6. Boleh dimakan bersama sambal tumis udang@sotong+kerabu tomato.

 

Setawar Barah

Keterangan:

Pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut. Ia mempunyai daun yang permukaannya di litupi oleh rerambut halus yang lembut. Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu. Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam di kampung-kampung di Malaysia. Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.

Kegunaan:

Menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.

Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. Mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa. Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.

Daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor. Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman. Basuh pada keesokkan harinya.
Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam. Untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan pada bisul. Ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku.

Untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml. Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.

Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

 

NASI GORENG SEAFOOD

Ingredients

  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Directions

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  5. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  6. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
  8. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  9. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

POKOK CINTA MULA (Erythroxylum Cuneatum)

PENGENALAN
Pokok Cinta Mula adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Erythroxylum cuneatum Kurz.

Ia adalah tumbuhan semak atau kecil hingga bersaiz besar ; 8-40 meter tingginya. Daun adalah ringkas, bersilang, berbentuk bujur 2-3 sm lebar dan 5-11 sm panjang. Bunganya putih, hijau muda hingga kuning air. Buah yang dihasilkan bujur lonjong dan bertukar merah bila matang.

KEGUNAAN
Kulit batang pokoknya merupakan salah satu ramuan herba untuk merawat masalah tendon, sakit otot, beriberi, neuropati.
Rebusan akar pula digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.

NASI MINYAK HUJAN PANAS

  1. Ingredients

    • 2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
    • 3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
    • 4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
    • 2 ulas bawang putih (dihiris)
    • 1 sm halia (dimayang)
    • 2 ½ sm kulit kayu manis
    • 3 biji buah pelaga
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 2 helai daun pandan
    • ½ cawan susu pekat
    • 25 gm kismis
    • ¼ cawan bawang goreng
    • Air anggaran 3 cawan, pewarna merah, kuning dan hijau.
    • garam secukup rasa

    Directions

    1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hingga kuning.
    2. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih.
    3. Masukkan beras dan kacau hingga rata, perlahankan api.
    4. Bila nasi hampir masak, masukkan pewarna merah dan hijau, gaul hingga rata.

     

    .