AYAM MASAK HITAM

Ingredients

  • 1/2 ekor ayam – potong sederhana
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • Kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
  • Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
  • Air secukupnya

 

  • BAHAN DIKISAR
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari

DIRECTIONS

  1. Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar biar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya.
  4. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.

 

Halia Merah

khasiat halia/petua-petuanya

Reput Tulang

  • Halia merah segar 20 gram, kacang hijau 30 gram, biji cengkih 10 gram, buah pelaga 10 gram, lada hitam 15 gram, kayumanis 20 gram, dan air 4 gelas. Cuci bersih bahab tersebut dan lumatkan kesemuanya. Rebus semuanya sehingga air rebusan tadi menjadi 2 gelas kemudian tapiskan. Minum 2 kali sehari pagi dan petang selepas makan. kalau nak lebih sedap, campurkan dengan madu

Asma

  • Halia merah (bara) segar 20 gram, daun sambiloto 30 gram, daun pokok kelkabu 30 gram, daun kemangi hutan 20 gram, dan air untuk minum 4 gelas. Semua bahan setelah dicuci bersih, diiris atau dirajang kecil. Rebus hingga air rebusan tersisa 2 gelas, lalu saring. Minum 2 kali sehari pada pagi dan petang selepas makan. Sekali minum 1 gelas. agar rasanya segar, boleh dicampur dengan madu dan jeruk

Stroke

  • Halia merah (bara) 20 gram, mengkudu 40 gram, pulai 20 gram, daun dewa 30 gram, daun cermai 20 gram, air untuk minum 4 gelas. Setelah itu, semua dicuci dan dihiris. Rebus dengan air 4 gelas hingga air rebusan tersisa 1.5 (satu setengah) gelas, kemudian saring. Minum tiga kali sehari (pagi, siang, dan petang) selepas makan

Memecahkan lemak/membuang kotoran dalam badan

  • 1 sudu teh dicampurkan dengan gula perang dan 1 buku hali diketuk/dihiris. Rendam teh dalam air panas sehingga kembang dalam anggaran satu teko kecil. masukkan gula perang diikuti halia kemudian kacau sebati dan minum ketika panas atau suam. lebihan air halia harus di pansakan semula setiap kali mahu di minum

SUP GEARBOX

Ingredients

  • 2 batang tulang gearbox
  • Sedikit tulang tengkuk
  • 400 gram daging
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 sup bunjut adabi
  • 1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
  • 2 jug air – bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup – dipotomg halus
  • Daun bawang – dipotong halus
  • Bawang goreng

BAHAN HIRIS NIPIS:

  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar

Directions

  1. Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap.
  2. Tambah air jika perlu. Besarkan api.
  3. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup.
  5. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api.

DAGING HOVER (SUMATERA)

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg daging (dipotong sederhana besar)
  • bahan untuk kisar: 4 sudu besar ketumbar 1 labu bawang putih (saiz sederhana) 1 biji bawang besar (saiz besar) 3-4 batang serai 2 cm halia 16- 25 tangkai cili kering (makin banyak makin pedas, tapi rebus dulu dan toskan airnya)
  • rempah kasar: 1 kulit kayu manis 3-4 kuntum bunga cengkih 3-4 biji buah pelaga
  • 2 hiris lengkuas
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar asam jawa (jangan campur air,masuk macam tu je)
  • 1/2 keping nissan atau 2 sudu besar gula melaka
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. basuh daging yang telah dihiris tadi,ketepikan
  2. masukkan semua bahan yang ingin dikisar ke dalam blender.kisar sampai lumat.
  3. dalam periuk,kalau boleh periuk tekanan, masukkan minyak.tumiskan rempah kasar sehingga naik bau.
  4. selepas tu masukkan bahan yg telah dikisar tadi.tumis sampai garing.
  5. selepas garing masukkan lengkuas tadi.tumiskan.
  6. masukkan sedikit air(jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair.masakan ni macam rendang basah)
  7. kemudian masukkan daging, kicap,gula melaka,asam jawa, garam secukup rasa.kalau nak tambah ajinomoto pun boleh.kacau sekejap.
  8. kecilkan api, tutup periuk tekanan.masak sampai empuk.kalau kering sangat, tambahlah air.
  9. bila dah masak, daging pun dah empuk, bolehlah hidangkan dengan nasi atu roti.ikut suka.selamat mencuba.

Lengkuas Kecil

Lengkuas Kecil ini dari keluarga Zingiberaceae ini nama saintifiknya ialah Alpinia conchigera Burkill mempunyai batang yang lembut dan berakar serabut.

Ketinggian pokok herba ini adalah 50 sm dan berdiameter di antara 1 – 2- sm. Buahnya berwarna kekuningan dan bunganya berwarna kuning. Daunnya lebar kelihatan seperti Lengkuas. Biasanya ditemui di kawasan hutan pamah dan sering juga menjadi tanaman oleh penduduk kampung.

Kegunaan

Akarnya direbus dan airnya diminum serta dijadikan mandian bagi wanita lepas bersalin.
Serbuk akarnya juga dijadikan ramuan ubat sapu pada perut. Sementara daunnya pula direbus dan airnya dijadikan mandian bagi merawat bengkak badan . Ia juga dibuat ubat pupuk bagi mengubati bisul dan ubat lepas bersalin.

Manakala ubat pupuk yang dibuat daripada rizomnya digunakan sebagai sapuan pada badan untuk sakit dalam tulang. Kemungkinan juga pernah digunakan untuk membasuh rambut sebagai ubat kutu.

SOTONG MASAK PEDAS

Ingredients

  • 5 ekor sotong potong bulat
  • 2 serai (hiris halus)
  • 3 bawang merah (mayang halus)
  • 2 bawang putih cincang
  • 2 cm halia hiris halus
  • 1 sudu lada kering kisar atau cili boh
  • 3 helai daun limau purut (hiris halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit sos ikan
  • 6 biji cili padi potong bulat

Directions

  1. Tumis serai, bwg putih, bwg merah, halia dan cili potong
  2. Masuk kan cili boh,sos tiram, sos cili dan sos ikan.tambah air sikit.masak sampai pekat
  3. Masuk kan sotong, tunggu sotong masak
  4. Masuk kan perasa,garam gula
  5. Akhir sekali masuk kan daun limau purut,jangan masuk awal nanti pahit

 

Widuri (Calotropis Gigantia)

Ciri-ciri: Sejenis pokok renik yang agak besar

Bahagian yang digunakan: Daun dan bunga

Cara penggunaan:
Daunnya dibakar dan asap dihidu untuk mengubati resdung. Getahnya dititiskan pada gigi yang berlubang. Bunga dan daunnya direbus dan diminum sebagai tonik. Daun yang ditumbuk dIpupuk untuk mengubati kudis.

Kajian Saintifik:
Rasanya yang pahit adalah disebabkan oleh akuadrin dan kalotropin. Getahnya mengandungi kalotoksin yang boleh membunuh katak.

 

HAM AYAM

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping dada ayam
  • *1 s/t garam
  • *1 s/t gula
  • *1 s/t lada hitam (freshly ground)
  • *1 tangkal rosemary (cincang)
  • *1 tangkal thyme (leraikan dari tangkal)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. buang kulit dan bersihkan ayam. 
  2. dengan menggunakan pisau selinap daging dari bahagian tengah ke tepi supaya daging itu leper nipis seperti dalam gambar. 
  3. campur semua bahan bertanda * dan lumur pada ayam. ramas2 kan sebentar. 
  4. masukkan kedalam ziploc bag, keluarkan udara dan “seal”kan. perap selama 2 hingga 4 hari didalam peti sejuk.
  5. selepas diperap, keluarkan dari peti sejuk. didihkan air secukupnya untuk merebus. sementara itu, lampirkan 2 atau 3 helai plastik wrap. letak daging ayam dengan bahagian berkulit(walaupun dah dibuang kulit) dibawah seperti dalam gambar. 
  6. gulung kemas ayam. 
  7. balut dengan plastik dan ikat dengan benang seperti dalam gambar. 
  8. balut lagi dengan aluminium foil. 
  9. rebus dalam air mendidih selama 15 minit. balik-balikkan. tutup api dan biarkan sejuk dengan sendiri dalam periuk selama 1/2 hari. kalau buat malam, keesokan harinya bolehlah dibuka. 
  10. hiris dan hidangkan. sedap dimakan bersama sandwich ataupun salad. 
  11. –nota– lada hitam dan herb boleh ditambah atau dikurangkan dan juga ditambah dengan herb lain mengikut kesukaan masing2. kalau tiada fresh herbs, bolehlah menggunakan dry herbs. 

TOMYAM AYAM

Ingredients

BAHAN A

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong pendek)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 8 biji cili api
  • 1 inci lengkuas (Diketuk)
  • 1 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 batang daun saderi (Dipotong kecil)
  • 3 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • Air dan garam secukupnya

 

BAHAN B

  • 100 g kubis bunga
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dicencang)

Directions

  1. Masukkan semua bahan A dan masakkan sehingga mendidih dan ayam lembut.
  2. Masukkan kubis bunga dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar.
  4. Sedia dihidangkan.

 

ASAM PEDAS JOHOR

Ingredients

  • 1 keping kepala ikan
  • 8 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 tangkai cili kering*
  • 1inchi halia*
  • 1 inchi kunyit*
  • 2 sudu teh lada hitam*
  • Seikat daun kesum
  • Air asam jawa
  • Kacang Bendi
  • Belacan*
  • Garam & gula secukup rasa

Directions

  1. Kisarkan bahan-bahan bertanda*
  2. Tumis bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan ikan dan daun kesum.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Masak sehingga kuah mendidih.
  7. Masukkan bendi.
  8. Siap untuk dihidang