Tips ekstra memasak kari

Kuantiti minyak – Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat 2 sudu sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyak ketika anda masukkan santan. Minyak akan banyak bukan sahaja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Halba – Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan.Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang hebat.

Klik sini untuk beli Halba kat Shopee : https://shope.ee/qBBty57vU

Kacau sentiasa – Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.

Asam jawa dan santan – Pastikan santan digaul dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang kedalam tumisan rempah yang sudah naik minyak. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Klik sini untuk beli Asam Jawa kat Shopee : https://shope.ee/8Uad2BPhez

 

Italian Fresh Fruit Tart

Ingredients 2 cups flour 1 cup sugar 1⁄2 cup butter, softened 1 teaspoon lemon, rind of, fresh grated 1 teaspoon fresh lemon juice 1 teaspoon vanilla 3 eggs 1⁄2 cup apricot preserves 1⁄2 cup raspberry preserves 1 tablespoon Amaretto or 1⁄2 teaspoon almond extract 4...

STEW DAGING

Bahan-bahan diperlukan: 500 g daging  1 labu bawang besar (Dihiris) 2 inci halia (Dihiris) 3 ulas bawang putih (Dihiris) 2 biji kentang  1 batang lobak merah (Dipotong dadu) 1 sudu makan rempah sup  2 batang saderi (Dipotong pendek)  1 sudu makan lada hitam  1 sudu...

Pokok Gajus

Khasiat Buah Gangus Jus buah gajus yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit. Didalam perubatan tradisional, daun gajus yang ditumbuk lumat dan disapukan untuk meredakan sakit gigi,...

RESEPI TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES

RESEPI BY ANNA OLSON (UNTUK UKURAN ACUAN TIN 4 SEGI 8 X 8 INCI) Bahan-bahan : 300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis 100 gm butter - saya pakai jenama Anchor 100 gm gula perang - kalau pakai gula castor,...

POTATO AND LEEK SOUP (SOPA DE PORO Y PAPA)

Ingredients 4 tbsp. unsalted butter 3 medium leeks, white and light green parts only, roughly chopped 2 medium white onions, roughly chopped 1 medium russet potato, peeled and roughly chopped 8 cups chicken stock 1 dried bay leaf Kosher salt and freshly ground black...

MEYER LEMON POPPY SEED LOAF

INGREDIENTS: 1 1/2 Cups All-purpose Flour 2 Teaspoons Baking Powder 1/2 Teaspoon Salt 1 1/2 Cup Sugar 1 Cup Greek Yogurt 1/2 Cup Olive Oil 1/2 Teaspoon Fiori di Sicilia (See Notes Above) 3 Large Eggs At Room Temperature 1 Large Myer Lemon, Zested And Juiced 2...

ITALIAN OMELET RECIPE

WHAT YOU'LL NEED 1 cup tomatoes (sun-dried, cut into strips)   1 cup mozzarella cheese (shredded)   1/4 cup basil (fresh, shredded)   1 tablespoon plus 1 teaspoon Parmesan cheese (finely grated)   12 eggs   1/2 cup milk   1/4 cup butter   Salt to taste   Pepper to...

ITALIAN PIGNOLI COOKIES (COOKIE MIX)

INGREDIENTS 1 (17 1/2 ounce) packagebetty crocker sugar cookie mix 1⁄2 cup granulated sugar 1⁄2 cup butter or 1⁄2 cup margarine, softened 1 (7 -8 ounce) package almond paste (not marzipan) 1 egg 2 cups pine nuts (8 oz) 1 tablespoon powdered sugar DIRECTIONS Heat oven...

RICH ITALIAN COOKIES

INGREDIENTS 3 eggs 3⁄4 cup butter, melted and cooled 2 1⁄2-3 cups flour 1 cup sugar 1 teaspoon baking powder 1 1⁄2 teaspoons vanilla DIRECTIONS Preheat oven to 350 degrees F. In medium bowl, whisk eggs with melted butter until well blended. In large bowl stir together...

ZESTY ITALIAN CRESCENT CASSEROLE

INGREDIENTS 1 lb ground beef 1⁄4 cup onion, chopped 1 cup spaghetti sauce 1 1⁄2 cups mozzarella cheese, shredded 1⁄2 cup sour cream 1 (8 ounce) can crescent rolls 1⁄3 cup parmesan cheese, grated 2 tablespoons butter DIRECTIONS Heat oven to 375 degrees Fahrenheit. In...

minyak zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan...

Kegunaan beras selain untuk dibuat nasi

Ambil dua genggam beras, kemudian digoreng tanpa minyak hingga hitam. Kemudian rendam dengan secawan air. Minum air tersebut sehingga suku gelas. InsyaAllah cirit birit akan berkurang. .

Daun Halban

Kegunaan: Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun...

Bunga Tasbih

Kandungan kimia dalam bunga kana atau bunga tasbih Kandungan kimia yang ada pada bunga kana itu satu diantaranya iaitu substansi phenol, dua terpene, empat coumarin, pati, glukose, lema alkaloid serta getah. Sisi yang bisa digunakan iaitu rimpang, daun, bunga dalam...

Segarkan Sayur

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Ianya lebih enak dimakan semasa masih segar. Namun ada masanya buah dan...

Cara melembutkan ayam kampung

Lada Hitam

  • Tumbuk 1 sudu teh lada hitam bersama 1/2 inci halia tua. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam pencen dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
  • Tempurung kelapa
  • Semasa merebus ayam pencen, masukkan beberapa kepingan kecil tempurung kelapa. Anda akan mendapati ayam akan lebih cepat empuk.

Tebu

  • Masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia merenih bersama. Pasti isi ayam akan cepat empuk.
  • Air Kelapa Muda
  • Rebus ayam menggunakan air kelapa muda. Bila sudah empuyk, toskan airnya. Selain menjadi lembut, isi ayam juga lebih enak.

Isi Nanas

  • Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Perap selama satu jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Jumlah buah nanas yang digunakan bebrgantung kepada saiz dan jumlah ayam yang hendak dimasak.

Biji Selasih

  • Masukkan satu sudu makan biji selasih ke dalam kain dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam yang sedang anda masak. Pasti ayam akan cepat empuk.

PETUA GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP, MELEKAT, ATAU HANCUR ISINYA

CUCI IKAN DENGAN CERMAT SEBELUM DIGORENG

  1. i) Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

 

PERAP DENGAN ASAM JAWA

Telur ikan

Telur ikan enak disajikan dalam pelbagai cara masakan sama ada digoreng, dimasak kari, digulai atau sebagainya. Namun, semasa dimasak, harus dipastikan telur ikan tersebut tidak pecah kerana ia akan menjejaskan tekstur kuah dan hidangan menjadi kurang enak. Antara petua yang boleh dicuba bagi memastikan telur ikan yang dimasak tidak hancur adalah:

 

  1. Semasa membersihkan telur ikan, elakkan membuang uratnya kerana ia akan menjadikan telur ikan mudah hancur semasa dimasak.
  2. Jangan potong telur ikan semasa masih mentah. Sebaiknya, rebus seketika dan barulah dimasak mengikut citarasa anda.
  3. Untuk menyediakan hidangan telur ikan goreng, masukkan telur ke dalam plastik dan celupkan di dalam air panas selama 5 minit. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
  4. Bersihkan telur ikan dan rendam di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.

Cara melembutkan daging (Biji kurma)

Biji kurma selalu dibuang begitu sahaja, padahal boleh guna untuk mengempukkan daging. Oleh itu, pada musim hari raya korban ini simpanlah biji kurma ini untuk kegunaaan mengempukkan daging. Caranya ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup. Masa hidangan jangan lupa pula keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.